Muslim di UK mula berpuasa pada hari Jumaat dan Sabtu. England dan Ireland mula hari jumaat dan Scotland mula hari Sabtu. Tidak dijelaskan dengan terperinci sebab-sebab perbezaan. Lazimnya kita mengetahui ada tiga kaedah menentukan tarikh 1 Ramadhan dan 1 Syawal iaitu: Rukyah, hisab dan ilmu falak. Ilmu falak tidak digunakan oleh kebanyakan negara dan tempat. Jika ilmu falak menjadi kaedah utama maka semua negara islam boleh meraikan 1 Ramadhan dan 1 Syawal pada hari yang sama. Ini kerana ilmu falak lebih tepat dari mata kasar kita.
Di Malaysia juga bermula puasa hari Sabtu. begitu juga Oman. Tetapi Indonesia dan negara Mesir dan Jordan mula berpuasa hari Jumaat.
Kita semua berharap pada satu hari nanti, semua negara islam dan muslim boleh berpuasa pada 1 Ramadhan yang sama dan berhari raya pada 1 Syawal yang sama walaupun kita berbeza lokasi negara.
Cara
Menetapkan Anak Bulan Ramadhan
Kewajipan
puasa ke atas umat Islam bermula pada tahun 2 Hijrah. Nabi Muhammad SAW
melakukannya ibadah puasa di bulan Ramadhan sebanyak 9 kali sebelum wafat pada
tahun ke-11 Hijrah iaitu 11 Rabiulawal.[1]
Cara
menetapkan anak bulan Ramadhan dengan 3 kaedah iaitu:
1)
Melihat anak
bulan (nampak anak bulan Ramadhan)
2)
Menyempurnakan
bulan Syaaban sebanyak 30 hari
3)
Ilmu falak
Cara
yang ketiga (menggunakan ilmu falak) tidak berlaku pada zaman Nabi SAW kerana
pada ketika itu penyusunan ilmu falak masih belum wujud. Cara pertama dan kedua
sahaja yang pernah digunakan pada zaman Nabi SAW.
Dalil
yang menyatakan bahawa untuk mengistinbatkan (menetapkan)
datangnya anak bulan Ramadhan melalui melihat atau penyaksian berdasarkan
kepada hadis berikut :
Sesungguhnya
Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma telah melihat anak bulan. Maka beliau
memberitahu kepada Rasulullah SAW berkenaan dengan apa yang dilihatnya itu.
Maka Rasulullah SAW menyuruhnya untuk berpuasa dan mengarahkan orang ramai
(umat Islam) berpuasa.[2]
Firman
Allah SWT :
"Oleh
itu, sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa.” (Surah Al-Baqarah: 185)
Daripada
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi SAW bersabda :
صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا
لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ
ثَلَاثِينَ
"Berpuasalah kamu
sekiranya nampak anak bulan (Ramadhan), dan berbukalah apabila nampak anak
bulan (Syawal). Maka sekiranya gelap (tidak kelihatan anak bulan Ramadhan)
cukupkanlah bulan Syaaban itu 30 hari.” (Bukhari)
Daripada
Ibnu Abbas berkata, “Telah datang seorang lelaki Arab kepada Nabi SAW lalu
berkata :
إِنِّي رَأَيْتُ الْهِلَالَ يَعْنِي
رَمَضَانَ فقال أَتَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إلا الله قال نَعَمْ قال أَتَشْهَدُ
أَنَّ مُحَمَّدًا رسول اللَّهِ قال نَعَمْ قال يا بِلَالُ أَذِّنْ في الناس
فَلْيَصُومُوا غَدًا
‘Sesungguhnya
aku telah melihat anak bulan Ramadhan.’ Nabi SAW bertanya, ‘Adakah kamu
menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah?’ Jawab lelaki tadi, ‘Ya.’
Baginda SAW bertanya lagi, ‘Adakah kamu menyaksikan bahawa aku pesuruh Allah?’
Jawabnya, ‘Ya.’ Sabda Baginda SAW, ‘Wahai Bilal, laungkan khabar ini kepada
orang ramai (umat Islam) untuk berpuasa esok.” (Abu Daud)
Apakah
Syarat Bagi Orang Yang Melihat Anak Bulan?
Penyaksian
bagi menetapkan kedatangan Ramadhan memadai dengan seorang lelaki yang adil.
Berbeza dengan penyaksian-penyaksian yang lain seperti zina yang memerlukan
kepada empat orang saksi, penyaksian bagi membuktikan seseorang minum arak
adalah 2 orang dan lain-lain lagi.
Bagi
menetapkan anak bulan Ramadhan, memadai dengan seorang saksi lelaki yang adil
sahaja berbanding dengan 2 contoh yang dibawakan di atas kerana penyaksian yang
menetapkan anak bulan Ramadhan melibatkan ibadah-ibadah tertentu iaitu puasa,
solat terawih dan sebagainya. [3]
Berbeza
dengan zina ia melibatkan hak Allah SWT iaitu hudud. Begitu juga peminum arak
kerana melibatkan hukum hudud, maka disyaratkan saksi lebih daripada seorang
supaya lebih berjaga-jaga dan tidak berlaku penipuan yang menyebabkan individu
yang tertuduh dizalimi.
Bahkan
Ibnu Rif'ah dan Ibnu Muqri[4]
mengatakan bahawa mana-mana penyaksian yang melibatkan ibadat-ibadat pada
sesuatu bulan itu maka memadai dengan seorang saksi lelaki yang adil sahaja.
Maka,
di dalam Mazhab Syafi'e memadai seorang saksi sahaja bagi menetapkan kedatangan
Ramadhan berserta beberapa syarat yang dikenakan ke atas saksi tadi iaitu:
1-
Lelaki.
2-
Adil.
3-
Merdeka.
4-
Ar-Rusyd
–
orang yang pandai menguruskan perkara yang melibatkan harta.
5-
Menjaga
maruah.
6-
Melihat anak
bulan dalam keadaan yang terjaga.
7-
Boleh
bercakap.
8-
Boleh
mendengar.
9-
Boleh melihat.
10- Tidak
melakukan dosa besar.
11- Tidak
berterusan melakukan dosa kecil.
Syarat
adil memadai dengan 'adalah zohirah iaitu memadai kita mengetahui
seseorang saksi tersebut dengan perwatakan yang baik tanpa memerlukan intipan
dan penelitian yang rumit sama ada seseorang saksi itu benar-benar adil atau
tidak. Ini sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab feqah Mazhab Syafi'e.
Waktu
untuk melihat anak bulan ialah pada 29 Syaaban malam ke-30.
Menyempurnakan
Bulan Syaaban Sebanyak 30 Hari
Cara
yang kedua dalam menetapkan kedatangan Ramadhan ialah dengan kita mencukupkan
bilangan hari di dalam bulan Syaaban sebanyak 30 hari. Hal ini kerana
bulan-bulan di dalam Islam itu sama ada 29 hari atau 30 hari dalam sebulan.
Maka jika cara pertama iaitu dengan melihat anak bulan Ramadhan pada 29 Syaaban
malam ke-30, hasilnya anak bulan kelihatan maka wajib berpuasa pada
keesokannya. Jika tidak, hendaklah dicukupkan bulan Syaaban itu sebanyak 30
hari.
Dalil
yang digunakan dalam pelaksanaan cara yang kedua ini ialah:
Daripada
Ibnu Umar radiallahu ‘anhum berkata, Nabi SAW bersabda :
الشَّهْرُ تِسْعٌ وَعِشْرُونَ
لَيْلَةً فلا تَصُومُوا حتى تَرَوْهُ فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا
الْعِدَّةَ ثَلَاثِينَ
"Sebulan itu 29 hari.
Maka jangan kamu berpuasa sehingga kamu melihat anak bulan. Maka sekiranya
mendung atau gelap (yakni anak bulan tidak kelihatan) maka cukupkan bulan
tersebut sebanyak 30 hari." (Bukhari)
Daripada
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, Nabi SAW bersabda :
صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا
لِرُؤْيَتِهِ فَإِنْ غُبِّيَ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا عِدَّةَ شَعْبَانَ
ثَلَاثِينَ
"Berpuasalah kamu sekiranya
nampak anak bulan (Ramadhan), dan berbukalah apabila nampak anak bulan
(Syawal). Maka sekiranya gelap (tidak kelihatan anak bulan Ramadhan)
cukupkanlah bulan Syaaban itu 30 hari." (Bukhari)
Justeru,
cara kedua ini iaitu mencukupkan bilangan bulan Syaaban sebanyak 30 hari
selepas melihat anak bulan pada 29 Syaaban, maka apabila kelihatan anak bulan
maka wajib berpuasa pada keesokkannya dan bulan Syaaban dikira hanya 29 hari
sahaja. Jika tidak kelihatan, maka, cukupkan bulan Syaaban sebanyak 30 hari.
Hal ini demikian juga ijma' daripada ulama berdasarkan dalil-dalil yang lepas
bahawa bulan di dalam Islam itu sama ada 29 hari atau 30 hari.
Ilmu
Falak
Kaedah
ilmu falak dalam penentuan sesuatu bulan di dalam Islam merupakan satu susunan
ilmu moden yang diguna pakai pada zaman sekarang. Kaedah ini tidak digunakan
pada kurun-kurun yang lepas. Kaedah ilmu falak ini bukan sekadar menentukan
bulan Ramadhan sahaja, bahkan juga menentukan semua bulan berdasarkan kiraan
falak. Begitu juga sekarang dengan waktu solat, boleh dikatakan rata-rata
menggunakan kaedah falak berdasarkan takwim solat yang telah tersedia ada,
tanpa perlu mengukur bayang-bayang dalam setiap kali menentukan waktu solat.
Kebanyakkan
ulama menerima akan kaedah ini kerana ketepatan dan mudah dalam menentukan
sesuatu urusan yang melibatkan ilmu-ilmu falak dan astronomi selagi mana ia
tidak bertentangan dengan syariat.
Namun,
pada mulanya ada juga segelintir ulama yang kurang menerima pakai kaedah ilmu
falak. Mereka mengkrtitik bahawa kaedah ini tidak memberikan suatu hasil secara
tepat bahkan ia hanya satu anggaran atau tekaan sahaja. Bagi mereka, cukup
dengan 2 cara sebagaimana yang digunakan pada zaman Nabi SAW iaitu melihat anak
bulan. Sekiranya anak bulan tidak kelihatan maka sempurnakan bulan Syaaban
sebanyak 30 hari.
Bahkan
mereka menghujahkan riwayat Ibnu Umar radiallahu ‘anhum bahawa Nabi SAW
bersabda :
إِنَّا أُمَّةٌ
أُمِّيَّةٌ لَا نَكْتُبُ ولا
نَحْسُبُ الشَّهْرُ هَكَذَا وَهَكَذَا
“Sesungguhnya kami adalah
kaum yang ummi (tidak tahu membaca dan menulis), kami tidak tahu menulis dan
menghitung akan sesuatu bulan itu dan ini iaitu sama ada 29 hari atau 30 hari.”
(Bukhari dan Muslim)
Namun
begitu, hujah mereka tertolak. Hujah yang mereka bawakan merupakan hujah ke
atas mereka. Nabi SAW hanya menerangkan
keadaan pada zaman baginda SAW. Walau bagaimanapun, baginda tidak menafikan
kaedah ilmu falak yang bersesuian mengikut zamannya. Mereka menggunakan cara
melihat anak bulan dan mencukupkan bulan Syaaban 30 hari kerana 2 cara tersebut
merupakan cara mudah pada waktu tersebut.
Bahkan
jika diteliti dalam sabda Nabi SAW, sedikit pun tidak menegah apa-apa cara yang
baru sekiranya manusia pada waktu tertentu mahir dengan kaedah tersebut.
Misalnya, kaedah ilmu falak.
Hasilnya,
manusia zaman sekarang sama ada ulama dan ahli sains masing-masing mengguna
pakai kaedah tersebut dengan berpandukan kaedah agama.
Menyelaraskan
Awal Ramadhan Pada Hari Yang Sama
Perbezaan
bagi setiap negara Islam dalam menyambut kedatangan anak bulan Ramadhan
merupakan satu perbincangan sejak zaman dahulu lagi. Hal ini disebabkan kerana
walaupun kesemua negara Islam khususnya di Tanah Arab menyambut kedatangan 1
Syaaban pada hari yang sama, namun sambutan 1 Ramadhan tetap berlaku perbezaan
di antara negara-negara Islam.
Hal
ini demikian kerana ia bergantung kepada kaedah yang diguna pakai oleh setiap negara
dalam menetapkan anak bulan Ramadhan. Tidak semua yang menggunakan kaedah ilmu
falak bahkan menetapkan bahawa menetapkan anak bulan Ramadhan hanya dengan
penyaksian kerana jelas Nabi SAW bersabda menggunakan perkata ‘melihat’.
Justeru, tidak semua yang melakukan kaedah ilmu falak dalam menetapkan 1
Ramadhan. Hasilnya berlakulah perbezaan sambutan awal Ramadhan seterusnya
perayaan Hari Eidul Fitri walaupun jarak keseluruhan negara-negara Islam yang
berada di hujung Timur dan hujung Barat hanya dalam lingkungan tempoh 9 jam
iaitu kesemua negara Islam berada dalam satu malam yang sama.[5]
Majoriti
ulama bersetuju dan sepakat bahawa penggunaan ilmu falak juga dikira sebagai ‘melihat’
atau ‘menyaksikan’ sebagaimana yang terdapat dalam lafaz hadis berkenaan
kedatangan anak bulan Ramadhan.[6] Maka
kaedah ilmu falak ini juga dilihat sebagai satu satu cara untuk menyelaraskan
sambutan awal Ramadhan dan 1 Syawal di setiap negara Islam. Hal ini demikian
kerana keselarasan dan kesatuan dalam sambutan 2 tarikh yang besar ini akan
memberikan kemudahan kepada orang awam dalam ibadah puasa terutama yang selalu
ke luar negara dan menjadikan kesatuan umat Islam dilihat dengan sambutan hari
kebesaran dalam Islam pada hari yang sama.
Berkenaan
dengan keselaran sambutan awal Ramadhan ini, Syeikh Atiyah Saqar ada
membicarakan di dalam kitab fatwanya bahawa perkara ini mendapat perhatian
serius oleh ulama sedunia dan Al-Azhar melalui Akademi Kajian telah melakukan
perbincangan dalam muktamarnya yang ke-3 yang berlangsung pada tahun 1966.
Hasilnya, satu ketetapan cadangan dikemukan bagi merealisasikan keselarasan
sambutan awal Ramadhan dalam menjaga kesatuan umat Islam. Antara ketetapan
cadangan tersebut ialah :
1-
Kaedah penyaksian
merupakan kaedah asal bagi melihat anak bulan sebagaiaman yang dinyatakan dalam
hadis Nabi SAW, namun penyaksian tersebut tidak diterima sekiranya terdapat
keraguan yang kuat pada penyaksian itu.
2-
Kaedah
penyaksian anak bulan diterima pakai apabila berita penyaksian tersebut
tersebar (masyarakat negara tersebut juga melihat anak bulan dan tidak ada yang
menafikannya) dan tidak ada sebarang unsur yang diragui atau penipuan. Hal ini
berbeza dengan kaedah ilmu falak, bahawa pengumuman yang dikeluarkan oleh
adalah dipercayai (tanpa memerlukan kepada masyarakat setempat tidak
menafikannya). Bermakna maklumat hasil kaedah ilmu falak lebih dipercayai.
3-
Perbezaan
tidak dikira ke atas negara-negara Islam yang berkongsa tempoh waktu malam pada
hari yang sama. Perbezaan yang diiktibar hanyalah negara-negara yang tidak
berkongsi tempoh waktu malam pada malam yang sama.
4-
Setiap negara
Islam mestilah berbincang dan menghubungi di antara satu sama lain dalam
menetapkan sesuatu tarikh berdasarkan bulan Islam (termasuk awal Ramadhan)
dengan kemudahan teknologi yang sedia ada dan menyeleraskan maklumat ilmu
falak.[7]
Syeikh
Ali Jumaah, mufti Mesir menyebutkan bahawa penggunaan kaedah ilmu falak lebih
membawa kepada hasil yang yakin berbanding dengan sekadar penyaksian individu. Beliau
mengeluarkan fatwa tersebut dengan menyandarkan jawapan beliau kepada Imam
Subki dalam permasalahan apabila berlaku pertembungan maklumat antara
penyaksian dan maklumat ilmu falak.[8] Secara ringkas, apabila berlaku percanggahan
sebagaimana masalah yang disebutkan tadi, adalah lebih baik untuk mengambil
kaedah kiraan ilmu falak kerana ia merupakan benda yang jelas (yakin) dan tepat
berbanding kaedah melihat kerana kaedah melihat anak bulan tidak sampai tahap
yang yakin. Maka apabila benda bertembung di antara benda yang jelas (yakin)
dan sangkaan maka diutamakan benda yang jelas (yakin).
Sebaik-baiknya
(seperti zaman sekarang) menggabungkan di antara 2 kaedah ini, walaupun
mengikut ilmu falak tarikh bagi awal bulan Ramadhan mungkin sudah diketahui,
namun pada 29 Syaaban pada malam ke-30, kaedah melihat anak bulan tetap
dijalankan bagi lebih meyakinkan dan mengambil sunnah Nabi SAW.
Dengan
adanya kaedah ini (kiraan falak), keselarasan dalam penentuan permulaan bulan
Islam dapat dilaksanakan, memandangkan tempoh yang paling jauh di antara satu
negara Islam ke satu negara Islam yang di dunia hanya 9 jam. Hal ini menjadikan
negara-negara Islam kesemuanya berkongsi sebahagian daripada waktu malam pada
hari yang sama. Hasilnya, kedatangan awal Ramadhan dapat diselaraskan dan dapat
disatukan di antara kesemua negara Islam, memadai dengan hanya satu negara
Islam seperti Mekah (kerana Mekah pusat negara Islam dan berada di tengah bumi
yang membezakan Timur dan Barat) sahaja yang melihat anak bulan, kemudian
negara tersebut mengkhabarkan kepada negara-negara Islam yang lain dengan
kemudahan yang sedia ada seperti telefon, faks dan internet.[9]
Ini
merupakan hasil cadangan yang dilakukan oleh para ulama terutama di peringkat
Dar Ifta’, Mesir yang meletakkan priority kaedah ilmu falak lebih meyakinkan.
Apa pun ia bergantung kepada setiap negara Islam yang memilih kaedah yang
bersesuaian bagi negara mereka. Namun apa yang lebih baik ialah sebagaimana
yang telah dinyatakan di atas iaitu keselarasan dalam sambutan awal Ramadhan
dan 1 Syawal kerana dengan keselarasan ini akan lebih menampakan kekuatan
kesatuan umat Islam di seluruhb negara. Bahkan keselarasan ini tidak mustahil
kerana setiap negara Islam berkongsi tempoh waktu malamnya pada hari yang sama.
Dan bagaimana mungkin negera yang berkongsi waktu malam yang sama boleh
menyebabkan perbezaan sambuatan satu-satu tarikh dengan kadar beza ialah satu
hari? Maka seeloknya setiap negara Islam terus berbincang mengenai perkara ini
dan menjadikan ia sebagai titik kesatuan bagi setiap negara Islam dalam
sambutan hari-hari kebesaran dalam Islam.
Wallahu
a’lam
Disediakan
oleh :
Muhamad
Zuhaili Saiman
Pengerusi
Felo MANHAL PMRAM 2012
Rujukan
:
1-
Al-Fatawa Min
Ahsan Al-Kalam Fi Al-Fatawa Wa Al-Ahkam, Syeikh Atiyah Saqar, cetakanb Maktabah
Wahbah
2-
Al-iqh
Al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahbah Az-Zuhaily, cetakan Dar Al-Fikr
3-
Al-Bayan Lima
Yashghulu Al-Azhan, Syeikh Ali Jumaah, cetakan Al-Muqattam Li An-Nasyr Wa
At-Tauzik
4-
At-Taqrirat
As-Sadidah Fi Al-Masail Al-Faridah, Syeikh Hasan bin Ahmad bin Muhamad Al-Kaff,
cetakan Dar Al-Mirath An-Nabawiah
Sumber: PMRAM
[2] Riwayat Abu Daud dan
ditashihkan oleh Ibnu Hibban – rujuk kitab الفقه الإسلامي وأدلته jilid ke-3 bab puasa di
bawah perbahasan cara mengistinbatkan bulan Ramadhan dan Syawal.
[5] Kitab Syeikh
Muhammad Abu Al-'Ala Al-Banna – Rujuk الفقه الإسلامي وأدلته jilid ke-3 bab puasa di
bawah perbincangan tempat terbit matahari yang berlainan negara.
[6] Al-Fatawa Min Ahsan
Al-Kalam Fi Al-Fatawa Wa Al-Ahkam, Syeikh Atiyah Saqar, m/s 29 cetakan Maktabah
Wahbah
[7] Al-Fatawa Min Ahsan
Al-Kalam Fi Al-Fatawa Wa Al-Ahkam, Syeikh Atiyah Saqar, m/s 30 cetakan Maktabah
Wahbah
[9] Kitab Syeikh
Muhammad Abu Al-'Ala Al-Banna – Rujuk الفقه الإسلامي وأدلته jilid ke-3 bab puasa di
bawah perbincangan tempat terbit matahari yang berlainan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan