Teman setia

Ahad, 9 Disember 2012

Mimpi Rasulullah SAW




Ada seorang hamba Allah bermimpi berada didalam masjid (ruang solat bahagian luar) di kampungnya. Di sekelilingnya ramai kanak-kanak lelaki berpakaian serba putih. Hanya beberapa orang tua yang dikenalinya berada di situ termasuk bapanya. Kemudian dia terdengar alunan tilawah al-quran dari dalam masjid. Sangat merdu suaranya dan tartil bacaannya. Tiba-tiba suara yang merdu itu diam selepas beberapa saat.


Kemudiannya, seorang tok siak yang sudah lama berkhidmat di masjid itu keluar dari dalam masjid dan berteriak bahawa Rasulullah SAW sudah tiada. Rasulullah SAW sudah wafat meninggalkan kita. Ramai hadirin berlari mendapatkan Rasulullah SAW. Pada masa yang sama, semua yang berada dalam masjid itu menangis teresak-esak. 

Kemudian hamba Allah itu tersedar dari mimpi sebelum azan subuh. 

Apakah makna mimpi tersebut? Siapa yang arif boleh terangkan... 

Terima kasih. Jazakumullah.

NB: Mimpi ini berlaku tahun 2006

2 ulasan:

  1. Komen Ustaz Abu Basyer di FB Tanya Ustaz:

    Waalikumusalam, jika bermimpi berada di dalam masjid dan mebaca al-Quran adalah tanda mimpi yg baik dan bukannya mimpi daripada syaitan. Yakinlah rahmat Allah akan diperolehi dan kebahgaiaan di dunia dan akhirat, Jika benar mimpi berjumpa Rasulullah SAW adalah mimpi yg benar kerana syaitan tidak boleh menyerupai baginda SAW.Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan." (Hadis Riwayat Muslim)

    Dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan 'alhamdulillah' dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).

    BalasPadam
  2. Fikri Alamghiri di FB Tanyalah Ustaz dan Ustazah:

    Hanya mimpi biasa... kerana dia tidak melihat Rasulullah dalam bentuk yg sebenar...

    BalasPadam