Teman setia

Ahad, 9 Disember 2012

Mimpi Rasulullah SAW




Ada seorang hamba Allah bermimpi berada didalam masjid (ruang solat bahagian luar) di kampungnya. Di sekelilingnya ramai kanak-kanak lelaki berpakaian serba putih. Hanya beberapa orang tua yang dikenalinya berada di situ termasuk bapanya. Kemudian dia terdengar alunan tilawah al-quran dari dalam masjid. Sangat merdu suaranya dan tartil bacaannya. Tiba-tiba suara yang merdu itu diam selepas beberapa saat.


Kemudiannya, seorang tok siak yang sudah lama berkhidmat di masjid itu keluar dari dalam masjid dan berteriak bahawa Rasulullah SAW sudah tiada. Rasulullah SAW sudah wafat meninggalkan kita. Ramai hadirin berlari mendapatkan Rasulullah SAW. Pada masa yang sama, semua yang berada dalam masjid itu menangis teresak-esak. 

Kemudian hamba Allah itu tersedar dari mimpi sebelum azan subuh. 

Apakah makna mimpi tersebut? Siapa yang arif boleh terangkan... 

Terima kasih. Jazakumullah.

NB: Mimpi ini berlaku tahun 2006

Isnin, 20 Ogos 2012

Khilaf Ulama’ Dalam Hukum Fiqh : Konsep Ikhtilaf atau Khilaf (2)

KONSEP IKHTILAF ATAU KHILAF

Ikhtilaf dalam bahasa Arab membawa maksud tidak sependapat atas sesuatu perkara dalam ertikata setiap orang mengambil jalan yang berbeza sama ada dalam perkataan mahu pun pendapat. Ikhtilaf juga memberi erti tidak sama, oleh itu setiap yang tidak sama dikatakan ikhtilaf. Sementara khilaf ialah pertentangan atau berlawanan “ ”مضادة (mudadah), jadi ia membawa erti yang sama dengan ikhtilaf, walaupun maknanya lebih umum.[7]

Ikhtilaf menurut istilah fuqaha’ bererti berbeza tentang pendapat, agama, jalan-jalan dalam agama dan kepercayaan terhadap sesuatu yang boleh membawa kebahagiaan atau kecelakaan kepada manusia di dunia dan akhirat.[8]

Al-Imam al-Syatibi berpendapat al-Khilaf ialah sesuatu yang lahir dari hawa nafsu yang menyesatkan, bukan hasil daripada mencari objektif syara’ dengan mengikut dalil-dalilnya. Oleh itu ia tidak diambilkira kerana lahir daripada hawa nafsu, sepertimana tidak mengambil kira mana-mana pendapat yang menyalahi hukum syara’ yang sabit secara qat’iy. Manakala Ikhtilaf menurut Syatibi ialah:


• Pendapat-pendapat yang lahir daripada ulama mujtahidin dalam masalah-masalah ijtihadiyyah yang tiada nas qat’iy padanya, atau

• Pendapat-pendapat terhadap masalah-masalah yang berlaku di antara dua pihak yang jelas bertentangan menurut pandangan mujtahidin disebabkan tersembunyi sebahagian dalil-dalil dan tidak ditemuinya.[9]

Penerangan dan Sumber Rujukan :
7 Kerana khilaf itu sebahagian daripada (al-did) dan tidak semestinya setiap dua benda yang berbeza itu berlawanan, walaupun dua benda yang berlawanan itu berbeza. Lihat Ibn Manzur (t.t) “Lisan al-Arab”, Matba’ah al-Dar al-Arabiyyah Lial-Ta’lif wa al-Tarjamah. Kaherah. jld :1, hal : 430

8 Al-Syatibi, Abu Ishaq Ibrahim bin Musa al-Lakhmi al-Gharnati (t.t), “al-Muwafaqat”, Kaherah. Matba’ah ‘Ali Subaih Wa Auladihi. jld : 4, hal : 110

9 Ibid
 

Namun demikian perbezaan di antara Ikhtilaf dan Khilaf yang dikatakan oleh al-Syatibi itu hanyalah istilah sahaja yang dilihat tidak ada kekuatan sandarannya, kerana para fuqaha’ telah menggunakan al-khilaf dan al-ikhtilaf dengan makna yang sama sahaja iaitu “Sesuatu yang tidak disepakati para fuqaha’ dalam masalah-masalah ijtihad tanpa memandang betul atau salah atau ganjil pendapat yang diperkatakan itu”.[10]

LARANGAN IKHTILAF DALAM ISLAM

Islam memerintahkan supaya bersatu dan bermuafakat serta melarang berpecah belah dan berselisih pendapat. Dari sini dapat difahami beberapa perkara berikut:

• Pertama : Ikhtilaf adalah sesuatu yang boleh berlaku di kalangan manusia, kerana jika ia mustahil berlaku pasti syara’ tidak akan melarangnya dan tidak menuntut mukallaf meninggalkannya, kerana melarang dari melakukan benda yang mustahil adalah sia-sia.

• Kedua : Apabila ikhtilaf itu sesuatu yang boleh berlaku dan lahir daripada manusia, maka ia juga boleh dicegah dan boleh dihasilkan lawannya iaitu bersatu dan bersepakat, kerana salah satu prinsip syara’ “Tidak ada taklif melainkan terhadap sesuatu yang mampu dilakukannya”, atau “Tiada taklif terhadap sesuatu yang mustahil”.

• Ketiga : Apabila Ikhtilaf itu sesuatu yang dilarang dalam Syariat Islam, maka sudah tentu ia mazmum (dicela). Ini adalah kerana pada dasarnya yang dicela itu dilarang melakukannya.

Sumber Rujukan :
10 Dr. Abd al-Karim Zaidan (1982), “Majmu’ah Buhuth Fiqhiyyah”, hal : 275. Lihat juga Ibn Taymiyyah (1326H), “Majmu’ al-Fatawa”, Matba’ah Kurdistan. Kaherah. jld : 20. hal : 42  

• Keempat : Apabila ikhtilaf dilarang atau dicela, maka sesiapa yang terlibat melakukannya akan dikenakan balasan seksa.

Oleh yang demikian timbul persoalan sejauhmanakah boleh berlaku ikhtilaf di antara manusia, dalam ertikata lain adakah ia suatu yang jarang atau sering berlaku, atau sampai kepada tahap mesti berlaku? Adakah orang Islam dikecualikan daripada berlaku khilaf di kalangan mereka atau tidak? Adakah khilaf itu satu jenis sahaja atau berbagai? Adakah celaan itu terhadap semua jenis khilaf atau sebahagian sahaja? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan khilaf dan bagaimana menanganinya? Apakah balasan seksaan akan dikenakan ke atas semua orang yang berkhilaf dan lain-lain persoalan yang boleh dibangkitkan.[11]

Sebenarnya perbincangan ini amat luas, tidak mungkin diperkatakan semuanya dalam kertas yang ringkas ini. Penulis akan memberi tumpuan kepada jenis-jenis khilaf,kaedah-kaedah menangani masalah khilafiyyah dan adab al-Khilaf.

PEMBAHAGIAN KHILAF

Sebelum dibincangkan sebab-sebab khilaf antara fuqaha’ ini, khilaf itu sendiri terbahagi kepada tiga bahagian [12]:

Sumber Rujukan :
11 Dr. Abd al-Karim Zaidan, Op cit, hal : 275-277

12 Umar Sulaiman al-Asyqar dan Muhammad Othman Syabir (1996), al-Urdun. Dar al-Nafais, “Masail fi al-Fiqh al-Muqarin”, hal : 10

1 (Khilaf Yang Diterima)

Perbezaan yang berlaku dalam perkara-perkara yang disyariatkan itu berbagai-bagai, cuma ulama’ berbeza pendapat tentang yang lebih afdal dan patut diutamakan sahaja seperti haji Qiran, Tamaatu’ dan Ifrad. Setiap jenis haji ini sah dilakukan walaupun mereka berselisih pendapat tentang yang lebih afdal. Demikian juga menyaringkan Basmalah dan memperlahankannya, kedua-duanya harus yakin tidak membatalkan solat walaupun sebahagian ulama’ mengatakan sunat membaca nyaring dan sebahagian ulama’ lain menganggapnya makruh.

الخلاف المذموم . 2
(Khilaf Yang Dicela)

Terdapat khilaf yang keji lagi dicela. Ini berpunca daripada empat sebab:
• Kejahilan
• Kezaliman dan penderhakaan
• Mengikut hawa nafsu
• Menyalahi manhaj nabawi dalam penerimaan hukum Syara’ dan cara mengamalkannya

الخلاف الساثغ المعقول . 3
(Khilaf Yang Harus Dan Dapat Diterima Akal)

Khilaf ini ialah perbezaan yang berlaku di kalangan ulama’ mujtahidin dalam masalah ijtihadiyyah iaitu masalah yang tidak terdapat nas qat’iy. Namun demikian khilaf ini dapat diterima dengan syarat-syarat berikut:

a. Hendaklah khilaf itu berlaku di kalangan ulama’ fiqh dan orang yang berkelayakan dalam agama

b. Hendaklah ijtihad dan khilaf mereka itu dalam masalah far’iyyah yang tiada dalil-dalil qat’iy berhubung dengan hukumnya

c. Hendaklah tujuan masing-masing untuk mencapai kebenaran dan yang betul

d. Setiap orang faqih itu telah mencurahkan seluruh tenaganya bagi mencapai kebenaran Khilaf seperti ini juga berlaku di kalangan para sahabat dan tabi’in, namun demikian tidak ada seorang pun dikalangan mereka dicela kerana perbezaan yang berlaku itu, ini disebabkan masing-masing bekerja unutk mencari kebenaran, kalau tersalah ketika menuntut dan mencari kebenaran itu mereka tidak dipersalahkan bahkan dimaafkan. Ini jelas daripada sabda baginda s.a.w :

“ إذا حكم فاجتهد ثم أصاب فله أجران ، واذا حكم فاجتهد ثم
أخطاء فله أجر “ ﴿حديث رواه البخارى مسلم


Ertinya : “Apabila seorang hakim hendak menjatuhkan hukuman, lalu ia berijtihd dan betul ijtihadnya, nescaya mendapat dua pahala, apabila tersalah ijtihadnya maka ia mendapat satu pahala”.

SEBAB-SEBAB KHILAF

Walaupun wujud perbezaan pendapat di kalangan ulama’ mujtahidin dan masing-masing menjelaskan hujah yang menjadi sandaran kepada setiap masalah yang dihasilkan oleh ijtihad mereka, tetapi perbezaan itu tidak sedikitpun membawa kepada pulau memulau, benci mereka tanpa mengetahui dalil-dalil sandaran hukum yang mereka ijtihadkan. Dalam pada itu mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain dan berlapang dada serta bertolak ansur dalam masalah yang mereka tidak boleh bersatu. Ini disebabkan tabiat masalahmasalah yang dalilnya tidak qat’iy, maka pasti akan berlaku khilaf.

Faktor-faktor khilafiyyah adalah seperti berikut:

Pertama : التفاوت فى العقل والفهم ولقدرة على تحصيل العلم
(Kemampuan Menguasai Ilmu Tidak Sama Dari Segi Akal Fikiran Dan Kefahaman)

Manusia berbeza sesama mereka dari segi paras rupa dan warna kulit dengan perbezaan yang nyata dan ketara. Mustahil terdapat dua orang yang serupa seratus peratus dalam semua keadaan walaupun mereka itu adalah sepasang adik-beradik kembar. Perbezaan ini sebenarnya adalah di antara tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t sepertimana firmanNya:

ومن ءايته خلق السموات والأرض واختلاف ألسنتكم وألوانكم، إن فى ذلك
﴾ لأيت للعالمين. ﴿سورة الروم : ٢٢

Ertinya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu” dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan”.

Perbezaan sesama manusia tidaklah setakat rupa paras dan warna kulit sahaja bahkan perbezaan itu menjangkau jauh lebih daripada itu kepada bakat semulajadi, persediaan, kecenderungan, aliran, akal, kecerdikan, kepintaran, tabiat, naluri dan lain-lain sifat yang membentuk hakikat batin manusia. 

Perbezaan-perbezaan ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap khilaf fuqaha’. Sebahagian fuqaha’ mempunyai kemampuan yang tinggi dari segi hafazan dan kefahaman, ada di antara mereka yang hafazannya lebih baik daripada kefahamannya. Sementara yang lain pula kefahamannya lebih baik daripada hafazannya.[13]

Kedua : التفاوت فى الحصيلة العلمية
(Perbezaan Dalam Pencapaian Ilmu)

Di antara faktor besar yang menyumbangkan khilaf fuqaha’ ialah perbezaan mereka dalam pencapaian ilmu, khususnya tentang al-Quran dan al-Sunnah. Apabila seorang faqih lebih pengetahuannya tentang al-Quran dan al-Sunnah, maka hukumnya lebih hampir kepada tepat.

Sementara itu ayat-ayat al-Quran terbatas bilangannya dapat dihafaz sedangkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w pula banyak tentulah sukar dikuasai dan dihafaznya. Ini adalah kerana ketika Rasulullah s.a.w memperkatakan sesuatu atau melakukan sesuatu perbuatan tidak semua sahabat mendengar atau melihat apa yang baginda lakukan atau perkatakan. Maka apabila baginda wafat, sunnahnya tersimpan kepada segolongan sahabat dan tidak semua sahabat yang menghimpun sunnah itu di dalam dada atau buku masing-masing.

Para sahabat pula berlebih kurang tentang menghafaz al-Sunnah, ada di antara mereka yang menghafaz dua atau tiga hadis sahaja, sementara yang lain ada yang menghafaz beribu-ribu dan ada yang sederhana sahaja hafazannya. Ramai sahabat bertebaran di beberapa wilayah Islam, masing-masing menyebarkan sunnah yang dihafaznya kepada penduduk tempatan. Begitulah caranya ilmu dan sunnah Rasulullah s.a.w tersebar luas di seluruh wilayah Islam. Ulama’ setiap negeri itu

Sumber Rujukan :
13 Umar Sulaiman al-Asyqar dan Muhammad Othman Syabir Op cit, hal : 20. Abd al-Karim Zaidan, Op cit, hal : 277.

Perhatian
: Setiap faktor-faktor khilaf ini ada contoh-contohnya, namun untuk mengelak daripada terlampau panjang kertas ini penulis tidak memasukkannya.

akan memberi fatwa berdasarkan hadis-hadis yang ada pada mereka , jika sesuatu perkara itu tidak ada hadis pada mereka sebagai rujukan mereka akan berijtihad, kadangkala ijtihad mereka menepati hadis dan adakalanya tersalah.

Namun demikian Allah s.w.t telah menyediakan untuk umat ini beberapa tokoh yang mempunyai cita-cita yang tinggi, azam yang kuat dan niat yang bersih, mereka menjelajah seluruh dunia Islam merentasi timur dan barat bagi mengumpulkan sunnah Rasulullah s.a.w dan menyusunnya dalam kitab-kitab al-Sihah, al-Masanid dan al-Ma’ajim.

Sebahagiannya masyhur dikenali ramai dan sebahagiannya tidak masyhur, kesemuanya ini memudahkan untuk mengetahui sunnah Rasulullah s.a.w.

Tetapi untuk menguasai semua sunnah itu amat sulit bahkan mustahil, kerana himpunan hadis begitu banyak. Lebih-lebih lagi arah pandangan ulama’ berbeza dalam menghukum sebahagian hadis, kerana sebahagian ulama’ berpendapat beberapa hadis itu sahih sedangkan yang lain berpendapat hadis itu daif. Ini adalah satu bab yang luas perbincangannya sehingga membawa kepada berlakunya khilaf di kalangan ulama’.[14]

Ketiga : التفاوت فى الاحاطة بعلوم اللغة العربية
(Perbezaan Dalam Penguasaan Ilmu-ilmu Bahasa Arab)

Allah s.w.t menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab. Firman Allah s.w.t dalam surah Taha ayat 113 :

وكذلك أنزلنه قرءانا عربيا.....

Ertinya : “Dan demikianlah Kami telah menurunkan al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa ‘Arab......

Allah s.w.t memilih Rasul yang terakhir berbangsa Arab bahkan baginda seorang Arab yang paling fasih bahasa Arabnya. Ulama’ tidak dapat memahami al-Quran al-Karim dan al-Sunnah Rasulullah s.a.w selagimana mereka tidak memahami bahasa Arab.

Perbezaan yang nyata di kalangan ulama’ dalam memahami hukum-hukum Syara’ disebabkan perbezaan mereka memahami Lisan al-Arab, penguasaan terhadap rahsia-rahsia bahasa Arab. Dari sinilah juga akan menyumbangkan khilaf di antara ulama.[15]

Keempat : الاختلاف فى مدى حجية بعض المصادر الفقهية
(Perbezaan Tentang Kehujahan Beberapa Sumber Hukum)

Khilaf ulama’ dalam hukum-hukum furu’, antara faktornya ialah berlaku khilaf di antara mereka tentang kehujahan sebahagian sumber-sumber yang menjadi sandaran kepada hukum-hukum furu’. Contohnya fuqaha’ telah khilaf tentang kehujahan al-Hadith al-Mursal, al-Qiyas, al-Ijma’, al-’Urf, al-Masalih al-Mursalah, al-Istihsan dan Syar’u Man Qablana.

Setiap mereka yang berpendapat satu-satu sumber itu hujjah akan mengamalkannya dalam mensabitkan sebahagian hukum Syara’. Sementara bagi mereka yang tidak menganggapnya sebagai hujjah akan menolak dan membatalkannya serta hukum-hukum yang dibina ke atasnya selagimana tidak ada dalil yang lain.[16]

Sumber Rujukan :
15 Ibid. hal : 30
16 Ibid. hal : 31

Kelima : الاختلاف فى الشروط التى يجب توافرها فى الحديث
الصحيح الذى يجوز الاحتجاج به
(Perbezaan Tentang Syarat-syarat Yang Wajib Dipenuhi Pada Hadis Sahih Yang Boleh Dijadikan Hujah)

Al-Hanafiyyah telah meletakkan syarat bagi beramal dengan Hadith Ahad; hendaklah perawi itu tidak beramal menyalahi apa yang diriwayatkannya, tajuk hadis itu bukan daripada perkara yang umum balwa dan hendaklah hadis itu tidak menyalahi konsep al-qiyas dan dasar-dasar umum dalam Islam khususnya apabila perawi itu bukan seorang yang faqih.

Sementara al-Malikiyyah mensyaratkan Khabar Ahad itu hendaklah selari dengan amal ahl al-Madinah, kerana ianya sama seperti periwayatan daripada Rasulullah s.a.w, sedangkan riwayat orang ramai lebih berhak diamalkannya daripada riwayat seorang sahaja. Lagipun penduduk Madinah lebih mengetahui yang terakhir warid daripada Rasulullah s.a.w. [17]

Jumhur fuqaha’ pula yang terdiri daripada al-Syafi’iyyah, al-Hanabilah, al-Zahiriyyah, al-saja’fariyyah dan sebahagian fuqaha’ mazhab lain berpendapat yang pentingnya wajib beramal dengan hadith Ahad itu ialah apabila riwayatnya itu sahih dan berhubung sanadnya dengan Rasulullah s.a.w, maka hendaklah diistinbatkan hukum daripadanya serta dijadikan sebagai sumber perundangan Islam.

Sumber Rujukan :
17 Ibid, hal : 31-32

Sekiranya sanad hadis itu tidak berhubung dalam ertikata hadis mursal, mazhab Syafi’i menerima pakainya dengan syarat ianya daripada mursal kibar al-tabi’in seperti perawinya Sa’id bin al-Musayyib dan mempunyai sanad daripada riwayat lain atau hadis itu selaras dengan kata-kata sahabat atau difatwakannya oleh kebanyakan sahabat. Namun begitu bagi mazhab Ahmad bin Hanbal pula hadith mursal tetap diambil dan diterima pakai apabila tidak ada pada bab yang berkenaan hadis yang berhubung sanadnya.[18]

Keenam :
الاختلاف فى القواعد الأصولية
(Perbezaan Tentang Beberapa Qawa’id Usuliyyah)

Qawa’id Usuliyyah ialah prinsip-prinsip, metod, manhaj, cara dan kaedah-kaedah yang digubal oelh para mujtahidin sebagai panduan untuk melakukan istinbat hukum-hukum Syara’. Para ulama’ fiqh akan iltizam dengannya bagi mengambil hukum-hukum Syara’ daripada dalil-dalilnya yang tafsili. Khilaf dalam Qawa’id Usuliyyah adalah di antara faktor-faktor yang menyumbangkan khilaf dalam hukum-hukum furu’.

Qawa’id Usuliyyah ini sebahagian merujuk kepada bahasa Arab dan sebahagian yang lain merujuk kepada akal. Di antara contoh-contoh khilaf tentang Qawa’id Usuliyyah adalah seperti berikut:

18 Ibid.

١. الاختلاف فى تحديد معنى اللفظ المشترك
٢. الاختلاف فى حمل الأمر على الوجوب أو على الندب
٣. الاختلاف فى حمل النهي على التحريم أو الكراهة

contoh qawaid feqh yang lain :

٤. الاختلاف فى حمل المطلق على المقيد
٥. الاختلاف فى حمل اللفظ على الحقيقة أو على المجاز
٦. الاختلاف فى حمل عام القرآن السنة المتواترة على الخاص نخبر الأحاد
٧. الاختلاف فى عموم المقتضى
٨. الاختلاف فى دلالة النص على فحوى الخطاب
٩. الاختلاف فى رجوع الاستثناء الوارد بعد جمل مفيدة هل يرجع الى جميعها الى آخ

الاختلاف فى دلالة النص على مفهومه المخالف

Ketujuh : الاختلاف فى القراءت فى القرآن الكريم
(Khilaf Tentang Qiraat Dalam al-Quran al-Karim)

Kelapan : الاختلاف بسبب تعارض الادلة
(Khilaf Disebabkan Percanggahan Dalil-dalil)19

KAEDAH MENANGANI MASALAH KHILAFIYYAH
Suatu perkara yang perlu diketahui bahawa hukum-hukum fiqh ada yang disepakati para imam mujtahidin, ada yang hanya disepakati dikalangan ulama’-ulama’ mazhab berkenaan sahaja, ada yang berlaku khilaf di antara imam-imam mujtahidin dan ada juga berlaku khilaf dikalangan ulama’-ulama’ dalam mazhab yang sama.

Oleh yang demikian, umat Islam harus menerima kenyataan di ataskerana khilaf dalam perkara ijtihad dan hukum yang berasaskan ke-pada dalil-dalil zanni adalah suatu perkara yang tabi’iy bahkan pastiberlaku sebagaimana yang dinyatakan dalam sebab-sebab khilaf sebelum ini.

Seruan untuk menyatukan mazhab-mazhab fiqh adalah suatu yang lucu, justeru memaksa orang lain meleburkan atau mengorbankan pandangan ijtihadnya untuk berada dalam satu mazhabsahaja. Ini tidak mungkin bahkan ianya bercanggah dengan konsep dan tuntutan ijtihad kerana seorang yang mampu berijtihad dan beramal dengan hukum yang dihasilkan oleh ijtihadnya bahkan tidak harus ia bertaqlid atau berpaling dari mazhabnya kepada pendapat orang
lain.

Sementara orang awam pula wajib bertaqlid kepada mana-mana mazhab dan pendapat ulama’ mujtahidin yang menjadi pilihannya.

ADAB AL-IKHTILAF

Sebagai seorang muslim, kita perlu menghayati akhlak-akhlak Islamiyyah dalam semua keadaan sebagaimana yang diajar kepada kita oleh Islam dalam al-Quran dan al-Sunnah. Adapun adab atau etika dalam berhadapan dengan masalah-masalah khilafiyyah khususnya bagi kita yang bukan ulama’ mujtahidin perlu sekali diberi penekanan agar tidak menimbulkan porak peranda dan kecelaruan dalam masyarakat.

Justeru itu penulis merasakan penting perkara ini diberi perhatian
sewajarnya.

1. Setiap orang mesti membersihkan dirinya dari sebarang sentimen ta’asub mazhab secara buta tuli kerana mazhab bukanlah sebagai faktor memecahbelahkan Islam dan bukan sebagai agama-agama yang menasakhkan Syariat Islam, bahkan ia merupakan sebagai aliran pentafsiran dan pemahaman Syariah. Ia juga merupakan metod dan kaedah dan kaedah penyelidikan dan kajian ilmiah dalam mengistinbat hukum.

18
19 Ibid, hal : 33-40


Kesemuanya bertujuan untuk mengetahui hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah s.w.t.

2. Kita tidak harus merasa sempit dada dengan sebab wujud perbezaan mazhab kerana perbezaan dalam pemahaman dan istinbat adalah suatu perkara lumrah dan tabi’iy bagi akal manusia, maka sudah pasti akan berbeza dalam istinbat dan fahaman. Bahkan kita boleh berbangga dengan perbezaan ilmu fiqh yang ditinggalkan kepada kita sebagai suatu perbendaharaan fiqh yang amat berharga.

Ia juga merupakan sebagai bukti betapa berkembang subur dan hidupnya fiqh, betapa luasnya pemikiran para fuqaha’ kita yang agong dalam melaksanakan kewajipan mereka memberi khidmat kepada Syariat Islam yang mulia.

3. Kita wajib menghargai segala usaha yang dicurahkan oleh ulama’-ulama’ mujtahidin dalam berbagai mazhab ini. Kita menghormati dan beradab dengan mereka dan kita percaya bahawa mereka akan diberi pahala sama ada betul ataupun salah, seterusnya kita berdoa untuk kebaikan mereka.[20]

4. Kita tidak harus memaksa orang lain menerima pandangan kita dalam masalah khilafiyyah.

5. Kita tidak harus menentang amalan-amalan khilafiyyah yang tidak sesuai dengan pandangan mazhab yang kita anuti. Sebaliknya kita hendaklah menentang amalan-amalan yang bercanggah dengan hukum- hukum yang disepakati para ulama’. Ini berdasarkan kaedah fiqhiyyah:

“ لاينكر المختلف فيه وإنما ينكر المجمع عليه “

Maksudnya : “Tidak atau jangan dibantah sesuatu hukum yang berlaku khilaf di kalangan fuqaha’. Dan sesungguhnya yang perlu dibantah ialah perkara munkar yang disepakati ulama’ atas pengharamannya”.[21]
 
Sumber Rujukan :
20 Abd al-Karim Zaydan, Op cit, hal : 413

21 Al-Suyuti (1998) Beirut. Dar al-Kitab al-’Arabi, “al-Asybah wa al-Nazair”, hal : 292

6. Kita mesti beradab dengan ulama’ yang berbeza pandangan dengan kita, jangan celupar mulut melempar tuduhan kalimah bid’ah dalalah ke atas amalan-amalan yang khilafiyyah.

7. Jangan menuduh orang yang mengamalkan amalan yang kita tidak sependapatnya sebagai sesat, pembuat bida’ah, khurafat dan sebagainya kerana masing-masing ada hujah dan alasan yang perlu kita hormati.

8. Kita jangan terpengaruh dengan pendekatan sebahagian anak muda yang berlagak alim besar menghentam ulama’-ulama’ silam yang tidak sealiran dengan mereka, sambil menyeru masyarakat menentang amalan-amalan yang sudah mantap dalam masyarakat sedangkan amalan itu khilaf ulama’ padanya. Lebih dahyat dari itu terdapat sebahagian mereka yang biadap menyeru supaya membakar kitab-kitab tua atau jawi lama kerana menurut pandangan mereka kitab-kitab tersebut menyesatkan. Subhanallah.

9. Kita sebagai seorang pendakwah, guru atau imam harus bijak dalam menangani masalah khilafiyyah. Amat [ SENSOR DC ] kalau seseorang pendakwah membangkitkan perkara yang remeh-temeh dan khilafiyyah dalam ceramah-ceramahnya kerana ini boleh menimbulkan perpecahan dalam masyarakat dan tuduh-menuduh antara satu sama lain.

10. Sebagai seorang pendakwah, kita perlu memfokuskan syarahan dan pengajaran kepada persoalan pokok yang perlu kita berganding bahu dalam membangun atau meruntuhnya. Sepertimana yang diungkapkan oleh Syaikh Abd al-Rasyid Ridha:

“ نتعاون فيما اتفقنا عليه ويعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه “Maksudnya : “Saling bantu-membantu di antara kita dalam menegakkan perkara yang kita sepakati dan saling bertolak ansur dan bermaafan di antara kita dalam perkara khilafiyyah”.

11. Mengelak dari melakukan masalah yang dipertikaikan memang digalakkan berdasarkan kaedah fiqhiyyah

“ “ الخروج من الخلاف مستحب
( Keluar dari khilaf itu digalakkan)

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradawi telah menggariskan beberapa panduan dalam menghadapi masalah khilafiyyah dengan mengatakan seperti berikut:[22]

Sumber Rujukan :

22 Al-Qaradawi (1992), “al-Sahwah al-Islamiayyah Bayna al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum”. Dar al-Wafa’.
Kaherah. Hal : 57 dan 189


الدعائم الفكرية فى فقه الاختلاف

١. الاختلاف فى الفروع ضرورة ورحمة وسعة
٢. اتباع المنهج الوسط وترك التنطع فى الدين
٣. التركيز على المحكمات لا المتشاهات
٤. تجنب القطع والإنكار فى المسائل الاجتهادية
٥. ضرورة الاطلاع على اختلاف العلماء
٦. تحديد المفاهيم والمصطلحات
٧. شغل المسلم هموم أمته الكبرى
٨. التعاون فى المتفق عليه
٩. التسامح فى المختلف فيه
١٠ . الكف عمن قال ﴿لا إله إلالله﴾

الدعائم الفكرية فى فقه الاختلاف

١. الإخلاص التجرد من الأهواء
٢. التعصب للأشخاص والمذاهب والطوائف
٣. إحسان الظن بلآخرين
٤. ترك الطعن والتجريح المخالفين
٥. البعد عن المراء واللدد فى الخصومة
٦. الحوار بالتى هى أحسن

Sumber Rujukan :
22 Al-Qaradawi (1992), “al-Sahwah al-Islamiayyah Bayna al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazmum”. Dar al-Wafa’. Kaherah. Hal : 57 dan 189


BEBERAPA CONTOH MASALAH KHILAFIYYAH

1. Membaca doa Qunut.

2. Sembahyang sunat qabliah Maghrib.

3. Sembahyang sunat qabliah Jumaat.

4. Talqin mayat setelah dikebumikan.

5. Bacaan al-Qur’an dan tahlil dihadiahkan pahalanya kepada si mati.

6. Fidyah sembahyang.

7. Berwirid secara jama’ah selepas sembahyang fardhu.

8. Batal wuduk dengan sebab sentuhan lelaki dengan
perempuanyang harus dikahwini.

9. Membaca Usalli atau melafazkan niat sebelum takbir.

10. Bilangan rakaat sunat tarawih 20 atau 8

11. Membaca surah Yasin pada malam Jumaat

12. Maulid al-Rasul s.a.w.

13. Membaca Sayyidina dalam Salawat.

14. Imam berdoa lepas solat jama’ah dan makmum mengaminkannya.

15. Aqiqah dengan kambing sahaja.

16. Menyapu muka selepas memberi salam dan membaca:


“ أشهد أن لا إله الاهو الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عنى لهم والحزن “

Atau

“ بسم الله الذى لا إله الاهو الرحمن الرحيم، اللهم أذهب عنى لهم والحزن

SIKAP ULAMA’ TERHADAP MASALAH KHILAFIYYAH

Ulama’-ulama’ kita di kalangan rumpun bangsa Melayu di Malaysia,Patani, Kemboja, Singapura, Brunei Darussalam, Indonesia dan Selatan Filipina umumnya pengikut mazhab Syafi’i semenjak Islam mula mengembangkan sayapnya di daerah ini dan mereka amat arif tentang masalah khilafiyyah bersikap cukup terbuka dan sederhana sekali.

Para ulama’ kita dari Seberang Perai, Pulau Pinang yang terkenal dengan kealimannya seperti al-Marhumin Syeikh Zain al-’Abidin bin Muhammad yang lebih dikenali sebagai Tuan Minal dari Permatang SungaiDua, Kepala Batas, Syeikh Tuan Husin al-Banjari Pokok Sena, SyeikhAbdullah Fahim Kepala Batas, Syeikh Tuan Haji Othman Jalaluddin al-Kelantani dan Tuan Haji Muttalib, Pondok Kubang Hulu, Penanti,

Syeikh Tuan Haji Saleh al-Masri dan Haji Ahmad al-Masri, Masriyyah Tanah Liat, Bukit Mertajam, Syeikh Haji Ahmad Tuan Husin Pokok Sena, Tuan Syeikh Haji Adnan, Mufti Pulau Pinang dan Tuan Haji Yusuf Sungai Bakap. Di negeri Perak pula ulama’ terkenal seperti al-Marhumin Tuan Guru Syeikh Zubair Mudir al-Madrasah Idrisiyyah Kuala Kangsar, Tuan Guru Haji Muhammad Saman Kati, Tuan Guru Haji Adb al-Samad Nuh PadangRengas, Dato’ Tuan Haji Ghazali Haji Arsyad Batu 26 Bagan Datuk,

Tuan Haji Ahmad Haji Yunus Malim Nawar, Ustaz Abu Bakar al-Baqir Gunung Semanggol, Tuan Haji Ahmad Haji Yunus Sungai Petani, Bukit Gantang dan mufti-mufti Perak yang telah meninggal dunia.
          

Wallahu a'lam. 

    

Khilaf Ulama’ Dalam Hukum Fiqh : Sebab Dan Adab-Adabnya (1)


Khilaf Ulama’ Dalam Hukum Fiqh :
Sebab Dan Adab-Adabnya
oleh
Prof. Madya Mohd. Saleh Bin Haji Ahmad

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
 

PENDAHULUAN

Bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menghidupkan hati-hati kita dengan WahyuNya, menyelamatkan kita dari kejahilan, memberi hidayat dari kesesatan dan seterusnya menjadikan kita sebaik-baik ummah yang dilahirkan untuk faedah manusia, apabila kita beriman denganNya (wahyu) yang didatangkan kepada kita dan kita mengamalkannya sebagaimana semestinya. Selawat dan salam dituju kepada baginda Rasulullah s.a.w yang membawa rahmat untuk sekelian alam, para sahabatnya dan yang mengikut jalannya hingga hari Kiamat.

Perbahasan tajuk kertas kerja ini memang panjang kalau hendak diperincikan, tetapi untuk menyesuaikan dengan peserta yang terlibat dalam seminar ini, maka penulis terpaksa mengambil pendekatan yang mudah dengan meringkaskannya kepada beberapa noktah penting. Mudah-mudahan dengan pembentangan yang sebegini dapat memberi peluang yang banyak kepada peserta utnuk turut serta dalam sesi perbincangan yang akan menghasilkan natijah yang berfaedah untuk kita semua. InsyaAllah.

1 Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Pengembangan Ilmu anjuran Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Institut Pengajian Ar-Razi, S. Prai Selatan bertempat di Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) Wilayah Utara, Kepala Batas, S. Prai Utara pada 31.7.2004


Sebelum memulakan perbincangan lebih lanjut berkenaan khilaf, sebab dan adab-adabnya, saya kira adalah lebih baik kita membentangkan dahulu pengertian fiqh dari segi bahasa dan istilah, sumber hukum dan perbahasan ruang lingkupnya serta mazhab-mazhab fiqh dalam Islam.

PENGERTIAN AL-FIQH

Perkataan fiqh adalah dari segi bahasa Arab yang memberi erti faham atau kefahaman, iaitu kefahaman seseorang secara mutlak atau mendalam yang dapat memahami tujuan perkataan yang diucapkan dan perbuatan yang dilakukan [2]. Dalilnya firman Allah s.w.t , antaranya:

” واحلل عقدة من لسانى يفقهواقولي “

Ertinya: “Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengertikan perkataanku”.
(Surah Taha: 27,2Cool

” يا شعيب ما نفقه كثيرا مما تقول “

Ertinya: “Wahai Syuaib! Kami tidak faham kebanyakan dari apa yang engkau katakan itu”.
(Surah Hud: 91)


Daripada perkataan fiqh dari segi istilah telah melalui beberapa tahap perubahan secara perlahan-lahan. Pada awal istilah fiqh dimaksudkan

“Semua hukum-hukum agama yang dibawa oleh Syariat Islam, sama ada hukum-hukum ini berkaitan dengan aqidah, akhlak, ibadat dan muamalat”.

2 Wahbah al-Zuhaili (Dr.), (1986) Damsyik, Dar al-Fikr “Usul al-Fiqh al-Islami”, jld : 1, hal : 8

Kemudian berlaku perubahan penggunaan kalimah fiqh kepada “Mengetahui dan memahami hukum-hukum Syara’ yang berkaitan dengan mukallaf seperti wajib, haram, sunat, makruh, harus, keadaan sesuatu akad itu sah atau batal, keadaan ibadat itu qadha’ atau ada’ dan sebagainya” [3].

Perkembangan berikutnya fiqh dari segi istilah dimantapkan dengan maksud “Mengetahui hukum-hukum Syara’ yang Amali dengan berdalilkan dari dalil-dalil tafsili atau hanya’iy”.[4]

SUMBER HUKUM FIQH

Secara ringkas dapatlah disimpulkan bahawa sumber hukum fiqh ada yang disepakati ulama’ dan ada yang khilaf. Maka sumber yang disepakati ialah al-Qur’an, al-Sunnah, al-Ijma’ dan al-Qiyas. Sementara yang khilaf pula ialah al-Istihsan, al-Masalih al-Mursalah, al-’Urf, mazhab Sahabi, al-Istishab dan Syar’u Man Qablana.[5]

PERBAHASAN ILMU FIQH

Fokus ilmu fiqh tertumpu kepada segala perkara yang berhubungkait dengan perlakuan dan tindak tanduk lahiriah manusia.

Maka pokok perbincangannya ialah segala perbuatan manusia dalam semua keadaan, sama ada perkara yang berhubung antara manusia dengan Allah s.w.t sebagai Pencipta, atau manusia sesama manusia dan manusia dengan haiwan dan alam sekitar, sama ada perkara yang berhubungan dengan hukum wajib, sunat, makruh, harus,syarat, sah, mani’, sebab dan batal. Justeru itu ia bukan berkisar mengenai hukum taklifi sahaja malah berhubungan juga dengan hukum wadh’iy.

Sumber rujukan :
3 al-Ghazali, “al-Mustasfa”. jld : 1, hal : 4-5

4 Abu al-Karim Zaidan (1994), Beirut, Muassasah al-Risalah, “al-Wajiz”, hal : 8

5 Boleh dirujuk kepada kitab-kitab “Usul al-Fiqh”


Jelaslah bahawa perbincangan dan skop ilmu fiqh ini menyentuh berkenaan hukum Syara’, iaitu segala apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t melalui wahyu matluw (al-Qur’an) atau wahyu ghair matluw (al-Sunnah). Berdasarkan luas dan syumulnya skop perbincangan ilmu fiqh ini dapatlah ditegaskan bahawa ia mencakupi hukum-hukum berikut:

1. Ibadat seperti solat, puasa, zakat dan hukum-hukum yang mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya.

2. Sistem mu’amalat

3. Sistem kekeluargaan atau munakahat

4. Sistem kehakiman atau pengadilan

5. Undang-undang khas antarabangsa

6. Undang-undang am antarabangsa

7. Sistem pemerintahan

8. Sistem kewangan

9. Undang-undang jenayah Islam dan lain-lain lagi

MAZHAB-MAZHAB FIQH DALAM ISLAM

Ramai tokoh ulama’ mujtahidin muncul pada peringkat keempat (daripada awal kurun kedua hijrah hingga pertengahan kurun keempat) dalam sejarah perkembangan fiqh. Mereka telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan, menyubur dan memajukan fiqh dan seterusnya mengasaskan madrasah atau sekolah-sekolah fiqh yang berjaya melahirkan ulama’-ulama’ besar dan pengikut-pengikut yang ramai. Madrasah dan sekolah inilah yang dinamakan mazhab-mazhab Islam atau fiqh bersama dengan nama pengasasnya.

Mazhab-mazhab ini walaupun banyak bukanlah bermakna ianya mengecilkan Islam dalam aliran tertentu dan bukan juga suatu proses mewujudkan Syari’at baru. Namun begitu ia merupakan manhaj atau metod untuk memahami Syari’at, cara-cara menafsir nas-nas dan mengambil hukum dari sumber-sumbernya.

Mazhab-mazhab yang berkembang pada waktu itu ada yang masih berdiri teguh dan mempunyai pengikut yang ramai hingga kini dan ada di antaranya sudah lenyap ditelan zaman tanpa pengikut dan tidak diketahui adanya katakata atau fatwa mereka, melainkan apa yang disebut dalam kitab-kitab “al-Khilaf” (perbandingan Mazhab) dan kitab-kitab mazhab yang masih kekal.[6]

Bolehlah kita bahagikan mazhab-mazhab ini kepada tiga bahagian:

• Mazhab yang tidak berkembang lama

• Mazhab Syi’ah dan Khawarij

• Mazhab fiqh yang paling masyhur bagi imam-imam Ahli Sunnahwa al-Jama’ah

MAZHAB YANG TIDAK BERKEMBANG

Para mujtahid pada zaman ini sebenarnya cukup ramai, terdiri daripada tabi’in atau tabi’i al-tabi’in atau mereka yang berikutnya, tetapi kebanyakan mereka ini tidak ada orang yang mengumpul dan menyebarkan mazhab mereka di kalangan orang Islam dan mamfatwakannya. Akhirnya mazhab ini makin lama makin mengecil. hampir pupus dan hilang fiqhnya, kecuali pandangan mereka yang ditemui bertaburan di dalam kebanyakan kitab tafsir bil ma’thur, syarah-syarah hadith dan kitab-kitab fiqh mazhab yang kekal.

Di antara tokoh-tokoh mujtahid ini ialah seperti ‘Ata’ bin Abi Rabah, Sa’id bin al-Musayyib, Ibrahim al- Nakha’iy, Sufyan al-Thauri. al-Imamal-Auza’iy, Ibn Jarir al-Tabari, Daud al-Zahiri dan lain-lain lagi.

Sumber rujukan :
6 Abd al-Karim Zaidan (1969), “Madkhal Li Dirasah al-Syari’ah al-Islamiyyah”. Baghdad, Matba’ah al-’Ani. hal : 155

MAZHAB SYI’AH DAN KHAWARIJ

Terdapat beberapa mazhab lain yang masih hidup, kekal, berkembang dan diberi perhatian. Namun begitu ijtihad pendokong-pendokongnya telah terkeluar dari lingkungan Ahli Sunnah wa al-Jama’ah dari segi Usul (prinsip) dan Furu’. Mazhab yang terpenting sekali ialah Syi’ah dan Khawarij, kemudian yang paling masyhur sekali ialah:

• Mazhab al-Ibadiyyah dari golongan al-Khawarij
• Mazhab al-Imamiyyah dari Syi’ah
• Mazhab al-Zaydiyyah dari Syi’ah juga tetapi ia lebih dikenali sebagai mazhab yang sedehana dan lebih hampir kepada Ahli al-Sunnah wa al-Jama’ah.

MAZHAB-MAZHAB FIQH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMA’AH

Mazhab fiqh yang termasyhur dari kalangan imam Ahli al-Sunnah waal-Jama’ah yang masih terus menerus memberi khidmat dan mempunyai pengikut setia yang ramai mengembang, menyebar, mengajar seterusnya dipelajari ialah empat mazhab yang terkenal seperti berikut:

1. Imam Abu Hanifah (80-150H)
2. Imam Malik bin Anas (93-179H)
3. Imam al-Syafi’i (150-204H)
4. Imam Ahmad bin Hanbal (164-241H)

- Sambungan ..... 

Sabtu, 18 Ogos 2012

MENGHAYATI AIDILFITRI


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
 
Setelah umat Islam berusaha selama sebulan penuh di bulan Ramadhan mengekang nafsu dari melakukan perkara yang ditegah semasa menunaikan ibadah puasa sama ada yang haram atau yang harus di lakukan di luar puasa, sudah setentunya kita bergembira serta bersyukur dengan kedatangan 1 Syawal iaitu hari kemenangan bagi mereka yang benar-benar menghayati Ramadhan.
 
Sememangnya telah menjadi tradisi bagi masyarakat kita sambutan Idulfitri ini lebih meriah dari hari-hari kebesaran Islam yang lain umpamanya Idul Adhha, yang juga salah satu perayaan yang besar dalam agama kita. Berlainan halnya dengan masyarakat Islam lain seperti di Timur Tengah, bagi mereka Hari Raya Adhha lebih dimeriahkan dan mendapat perhatian dari Idulfitri.
 
Ketetapan awal Syawwal bagi negara kita adalah berpandukan penglihatan anak bulan. Jika ia berhasil dilihat maka awal Syawal jatuh pada hari tersebut dan kita diharamkan berpuasa pada siang hari esok. Sebaliknya jika anak bulan Syawal tidak kelihatan maka kita wajib meneruskan puasa pada esok hari. Ketentuan ini perlu difahami oleh kaum muslimin khasnya di negara kita. Ada segelintir masyarakat kita jika tidak kelihatan anak bulan Syawal maka mereka tidak akan berpuasa pada esoknya. Di antara alasan mereka ialah berpandukan negara lain yang sudah jatuh bulan Syawwal. Perkara ini sebenarnya tidak tepat menurut hukum syara’oleh itu ikutilah keputusan pihak yang berwajib di negara kita mengenai hal ini.
 
Idulfitri sebagai hari yang berkat dan hari yang hanya terkhusus bagi kaum muslimin dan juga merupakan satu syiar maka ada cara dan adabnya yang tersendiri yang perlu diikuti sepertimana yang telah digarispandukan oleh syara’.
 
Di negara kita khususnya sebaik saja diumumkan bahawa hari raya telah jatuh pada malam tersebut sejurus itulah kedengaran bunyi-bunyi mercun yang dipasang bagi meyemarakkan musim perayaan ini. Pada kebiasaannya perkara ini dilakukan oleh golongan muda dan kanak-kanak. Di samping itu juga lagu-lagu hiburan yang bermacam-macam terus berkumandang diikuti dengan pesta-pesta sehingga beberapa hari untuk memeriahkan lagi suasana sambutan hari raya.
 
Perkara ini adalah satu perkara yang bertentangan dengan kehendak syara’ dan bercanggah dengan sunnah Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam yang perlu diperbetulkan. Sama ada sedar atau tidak, pada hakikatnya dengan melakukan perkara sedemikian kita seolah-olah meniru sesuatu kaum atau agama lain bagaimana cara mereka merayakan hari kebesaran atau perayaan mereka. Walhal umat Islam sangat dilarang dari meniru dan mengikut-ikut itu.
 
Padahal di dalam Islam itu sudah ada diperjelaskan di dalam kitab-kitab fiqah bagaimana cara menyambut hari raya seumpama ini.
 
Apabila sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawwal telah sabit dilihat umat Islam disunatkan untuk melaungkan takbir. Hukum sunat ini berlarutan sehinggalah imam mengangkat takbiratul ihram untuk menunaikan sembahyang hari raya. Walau bagaimanapun menurut pendapat yang ashah bahawasanya takbir Idulfitri itu tidak disunatkan sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang.(Kitab Hasyiyatan, 1:357) Ini berbeza dengan takbir bagi Hari Raya Adhha di mana ia disunatkan setiap kali selepas menunaikan sembahyang dan berterusan sehingga selepas menunaikan sembahyang Ashar pada hari Tasyriq yang terakhir.
 
Takbir pada hari ini disyariatkan bukan sahaja semata-mata untuk memeriahkan suasana hari raya bahkan lebih dari itu ialah merupakan lambang kesyukuran kita kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan anugerah yang dikurniakanNya dan ianya juga adalah merupakan perkara ibadah.
 
Mereka yang menghidupkan malam ini akan diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana malam Idulfitri adalah di antara malam-malam yang sunat dihidupkan dan di takmirkan selain dari malam-malam Idul Adhha, awal Rejab dan Jumu‘ah kerana di dalamnya adalah saat dan ketika dikabulkan doa.
 
Al-Syaikh Qulyubiy di dalam kitab Hasyiyatan telah menyebutkan bahawa
 
sunat hukumnya menghidupkan malam Idulfitri ini dan malam Idul Adhha dengan berzikir, mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat Tasbih. Adalah memadai menghidupkan malam ini pada sebahagian besarnya dan sekurang-kurangnya ialah dengan menunaikan sembahyang Isya’ berjemaah serta berazam untuk menunaikan sembahyang Subuh.(Kitab Hasyiyata Qalyubiy wa Umairah1:359)
 
Pada pagi Idulfitri pula disunatkan mandi iaitu berniat kerana kedatangan Idulfitri bukannya sahaja membersihkan diri tanpa disertai niat. Perkara sunat mandi ini bersumberkan hadis yang ditakhrijkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adhha.
 
Di samping itu adalah sunat memakai bau-baun yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut, memotong kuku dan menanggalkan bau yang tidak sedap. Sunat juga memakai pakaian yang paling elok dari pakaian-pakaian yang dia ada dan yang paling afdhal ialah warna putih serta memakai serban. Perkara-perkara sunat ini hanya khusus bagi kaum lelaki. Manakala itu perempuan-perempuan cantik dan yang berkedudukan adalah makruh hukummnya bagi mereka datang ke masjid. Berbeza dengan perempuan tua mereka adalah disunatkan bersama-sama pergi ke masjid tanpa memakai haruman dan sebagainya. (Kitab Al-Raudhah 2:7)
 
Inilah pendapat mazhab Syafi‘ie tentang perempuan pergi ke masjid. Walaupun di sana ada hadis menganjurkan perempuan untuk sama-sama hadir ke masjid di hari raya ini, tetapi dalam mazhab Syafi‘ie anjuran itu adalah untuk perempuan-perempuan yang sudah tua.
 
Idulfitri yang juga sebagai menandakan tamatnya tempoh berpuasa, maka disunatkan sebelum pergi ke mesjid untuk menunaikan sembahyang hari raya memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil. Hal ini bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Anas katanya yang maksudnya :
 
"Adapun Rasulullahu Shallallhu ‘alaihi wasallam tidak keluar (untuk bersembahyang sunat hari raya) pada hari raya Fitrah sehinggalah baginda makan beberapa biji kurma."

Menurut riwayat daripada Anas lagi bahawa Baginda memakannya dengan bilangan yang ganjil.
 
Di dalam kitab Nailul Awthar An-Nakh‘ie ada menyatakan bahawa
 
diantara hikmah disunatkan memakan kurma (tamar) itu ialah dengan manis buah tamar itu dapat menguatkan penglihatan yang mana telah berkurangan disebabkan puasa dan juga di antaranya boleh melembutkan hati dan ia adalah yang paling mudah dari yang selainnya. Oleh itu sebahagian dari At-Tabi‘ien menganggap sunat berbuka dengan benda-benda yang manis seperti madu.Sementara itu di antara hikmah memakannya dengan bilangan yang ganjil telah berkata Al-Mahlab bahawa


perkara itu ialah isyarat kepada keesaan Allah Ta‘ala dan juga adapun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya di dalam semua urusan Baginda sebagai jalan bertabarruk dengan demikian itu.(Fathul Bariy,3:122)

Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya pula adalah perkara yang paling penting dan utama bagi menyambut Hari Raya ini dari perkara-perkara sunat yang lain di dalam merayakan hari raya ini sebagaimana yang di jelaskan oleh pengarang kitab Fathul Bariy. Hal ini bersandarkan kepada hadis Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :
 
"Sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (hari raya) ialah bersembahyang"(Hadis riwayat Al-Bukhariy)
 
Oleh yang demkian itu perlulah dipastikan semua orang Islam menunaikan sembahyang Idulfitri ini. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menunaikannya di masjid atas urusan-urusan tertentu mereka juga boleh menunaikannya secara bersendirian di rumah atau lainnya menurut pendapat al-mazhab di dalam kitab-kitab Syafi‘ieyah.

Hari Raya Fitri adalah hari persaudaraan dan hari kegembiraan maka di hari ini adalah disunatkan sesama Islam saling mengucap tahniah dengan doa-mendoakan di antara satu sama lain seperti mengucapkan:

Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak"
Hukum sunat mengucapkan tahniah di Hari Raya ini diperakui oleh Ibnu Hajar Rahimahullah.(Hasyiyatan 1:359)
Adapun maksud dari kalimah tahniah yang berbentuk doa ini membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.

Dengan penjelasan di atas membuktikan bahawa hari Raya orang Islam berbeza sekali konsepnya dengan hari raya orang bukan Islam apatah lagi ianya disambut sebaik sahaja selesai menunaikan ibadah puasa. Kalau non muslim berhari raya hanya sekadar untuk berhibur dan bergembira walau ada kaitan dengan unsur keagamaan, maka kita sebagai umat Islam bukan itu cara dan konsepnya. Berhibur di dalam hari raya orang Islam berkonsepkan ibadah sebagai melahirkan syukur kita kepada Allah Subhanhu wa Ta‘ala.

Sebilangan umat Islam hari ini amat mendukacitakan kerana tidak faham akan konsep hari raya yang sebenar lalu tidak dapat menghayatinya sehingga merayakannya seperti mana orang-orang bukan Islam berhari raya. Kalau bangsa lain umpamanya mempunyai lagu khas sempena hari raya mereka maka kita pun memilikinya bahkan lebih daripada mereka dengan rentak dan irama yang bermacam-macam. Perkara ini sebenarnya boleh mendatangkan tanggapan negatif bagi orang-orang bukan Islam terhadap Islam. Mereka menganggap bahawa hari raya orang Islam tidak jauh bezanya dari hari-hari perayaan mereka iaitu hanya sekedar untuk melahirkan rasa gembira dan berhibur.

Selain itu dengan corak sambutan yang mereka lakukan itu adalah kesan dari tidak menghayati Ramadhan sepenuhnya kerana Ramadhan adalah bulan Qana‘ah yang mana dengan itu mampu menghindarkan kita dari memboros dan berlebihan di dalam menyambut Idulfitri.

Kita perlu sedar bahawa hari raya inilah hari menerima ganjaran bagi mereka yang benar benar beramal di bulan Ramadhan.

Hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam diriwayatkan daripada Sa‘ad bin Aus Al-Anshariy daripada ayahnya Radhiallahu ‘anhu Baginda bersabda yang maksudnya :

"Apabila tiba hari Raya fitri berdirilah malaikat di pintu-pintu jalan lalu menyeru: "Pergilah wahai kaum muslimin menghadap Tuhan yang Pemurah yang memberikan kebajikan kemudian memberikan pahala yang banyak, demi sesungguhnya kamu telah diperintahkan untuk melakukan qiamullail maka kamu membuatnya, dan kamu diperintahkan untuk berpuasa pada siangnya maka kamu berpuasa, kamu juga mentaati Tuhan kamu maka kamu terimalah balasan kamu, maka apabila bersembahyang maka akan menyerulah orang yang menyeru: "Ketahuilah bahawasanya Tuhan kamu telah mengampunkan kamu dan pulanglah menuju tunggangan kamu dan itu adalah hari menerima balasan dan dinamakan hari itu di langit sebagai hari al- Ja‘izah (hari mendapat ganjaran)
(Hadis riwayat At-Thabrani) 

Oleh yang demikian marilah kita sama-sama memperbanyak amal ibadah di hari ini dengan tidak mencampur-baurkannya dengan perkara maksiat. Seperti berziarah umpamanya, yang mana amalan berziarah ini sangat dituntut oleh Islam . Lebih-lebih lagi masyarakat kita mengambil kesempatan hari raya ini untuk kunjung-mengunjugi sayugialah jangan dicemari dengan pergaulan bebas di antara yang bukan mahram serta aktiviti yang merosakkan keimanan yang telahkita sucikan di sepanjang Ramadhan, seperti pesta tari-menari dan berkaroake sehingga mengganggu ketenteraman jiran-jiran yang berdekatan yangmana perbuatan ini adalah amat di tegah di dalam Islam. Selain dari itu amalan besedekah di hari raya ini adalah juga merupakan tuntutan sunat di mana Baginda menganjurkan untuk bersedekah sebaik sahaja selepas menunaikan sembahyang hari raya.

Kesimpulannya hari raya fitrah ini adalah hari hablun minallah dan hablun minannas iaitu hari mempererat serta dan memperkukuh hubungan diantara makhluk dengan Khaliq dan diantara makhluk dengan makhluk.

Maka sama-samalah kita hidupkan malam dan siang hari raya ini dengan perkara yang disunatkan sama ada yang langsung dijelaskan oleh hadis Baginda atau yang secara mafhumnya adalah dituntut di dalam Islam berpandukan huda (petunjuk) Rasulullah yang mana jika kita mengikut sunnah Baginda bererti kita mencintai Allah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

"Katakannlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku nescaya Allah mengasihi kamu"
(Surah Ali ‘Imran:31) 

Sumber : Mufti Brunei

Selasa, 14 Ogos 2012

KAEDAH-KAEDAH TASRIF BAHASA ARAB - Peringkat Asas

KANDUNGAN
Prakata................................................................................................5
Panduan penggunaan buku...............................................................7
 
Pelajaran 1
Bilangan huruf dalam kata kerja bahasa Arab..................................8
Pelajaran 2
Keseragaman kata kerja dalam bahasa Arab..................................10
Pelajaran 3
Formula bentuk permulaan.............................................................12
Pelajaran 4
Kata kerja lampau dan kata kerja kini............................................14
Pelajaran 5
Kata ganti orang pertama, kedua dan ketiga dalam bahasa Arab...17
Pelajaran 6
Imbuhan berkaitan pelaku perbuatan dalam kata kerja lampau: imbuhan orang pertama..................................................................19
Pelajaran 7
Imbuhan berkaitan pelaku perbuatan dalam kata kerja lampau: imbuhan orang kedua......................................................................21
Pelajaran 8
Imbuhan berkaitan pelaku perbuatan dalam kata kerja lampau: imbuhan orang ketiga.....................................................................24
Pelajaran 9
Imbuhan berkaitan pelaku perbuatan dalam kata kerja kini: imbuhan orang pertama..................................................................28
Pelajaran 10
Imbuhan berkaitan pelaku perbuatan dalam kata kerja kini:imbuhan orang kedua.....................................................................................30 Pelajaran 11
Imbuhan berkaitan pelaku perbuatan dalam kata kerja kini: imbuhan orang ketiga.....................................................................34
 
Nota Ringkas Ulangkaji
Ringkasan kaedah gabungan kata kerja dengan imbuhan berkaitan pelaku.............................................................................................38
Pelajaran 12
Pelaku maskulin dan pelaku feminin.............................................40
Pelajaran 13
Kaedah baris untuk kata kerja lampau...........................................46
Pelajaran 14
Kaedah baris untuk kata kerja kini: situasi gabungan bentuk permulaan dengan imbuhan orang pertama...................................48
Pelajaran 15
Kaedah baris untuk kata kerja kini: situasi gabungan bentuk permulaan dengan imbuhan orang kedua.......................................52
Pelajaran 16
Kaedah baris untuk kata kerja kini: situasi gabungan bentuk permulaan dengan imbuhan orang ketiga.......................................65
Pelajaran 17
Kata kerja perintah.........................................................................76
Pelajaran 18
Kata kerja akar dan penambahan kepadanya.................................79
Pelajaran 19
Formula kata kerja..........................................................................82
Pelajaran 20
Penentuan baris kata kerja akar......................................................86
Pelajaran 21
Penentuan baris kata kerja terbitan.................................................90 Pelajaran 22
Kata kerja aktif dan kata kerja pasif...............................................92
Pelajaran 23
Kata nama perbuatan......................................................................96 Pelajaran 24
Kata perihal pelaku.......................................................................100
Pelajaran 25
Kata perihal objek.........................................................................104
Pelajaran 26
Hamzah tetap dan hamzah penghubung.......................................108
Pelajaran 27
Kata kerja akar yang mengandungi alif........................................111
 
Glosari..........................................................................................114
Lampiran 1...................................................................................120

Isnin, 13 Ogos 2012

“Kafir Dzimmi Dan Kafir Harbi” - JAKIM



Berikut adalah petikan khutbah JAKIM pada 22 Januari 2010 tentang Kafir Harbi dan Kafir Zimmi. Bolehlah dijadikan noktah-noktah pencerahan. Adapun polemik oleh pemain politik kepartian tentang isu ini eloklah dijauhi.

Dalam konteks kehidupan beragama di negara ini penduduknya terdiri daripada Islam dan bukan Islam. Menurut syariat Islam, pada dasarnya terdapat dua jenis status orang bukan Islam atau Non-muslim iaitu Kafir Harbi dan Kafir Dzimmi.

Secara ringkasnya Kafir Harbi adalah merujuk kepada orang bukan Islam yang terlibat dalam peperangan membunuh orang Islam di dalam wilayah yang bergolak. Pada masa ini, mimbar amat meyakini terdapat ejen-ejen kafir harbi yang bergerak secara senyap menimbulkan perpecahan atau pun menggunakan isu-isu agama di negara Islam. Contoh jelas ialah apa yang berlaku di beberapa negara Asia Barat.

Manakala orang Kafir Dzimmi pula merujuk kepada orang bukan Islam yang menetap dalam negara Islam, mendapat kerakyatan, membayar cukai yang ditetapkan dan mendapat jaminan keamanan daripada pemerintah Islam berdasarkan perjanjian yang dipersetujui.

Persoalan besar timbul ialah apakah jenis status orang bukan Islam yang terdapat di negara kita samada digolongkan sebagai Kafir Harbi atau Kafir Dzimmi. Berdasarkan pemerhatian mimbar status orang bukan Islam di negara ini digolongkan sebagai ahli Dzimmi kerana pada prinsipnya mereka mentaati dan mengakui untuk tunduk kepada perjanjian kontrak sosial yang diwujudkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Salah satu persetujuan penting dalam perlembagaan itu ialah mengakui Islam adalah agama Persekutuan yang membuka jalan Islam menjadi agama yang berkuasa di negara ini. Pada masa yang sama Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sekaligus menjadi Ketua Agama Islam dan pelindung memartabatkan Islam di negeri-negeri yang berkaitan. Selari dengan kontrak sosial itu mereka tinggal aman damai, tinggal bersama dalam masyarakat Islam sebagai jiran tetangga, menjadi rakan sekerja, rakan kongsi berpolitik, rakan sepermainan dan menjadi rakan sekolah. Malah mereka diberi peluang pula berkongsi menyumbangkan tenaga memerintah negara ini.

Mesyuarat Jemaah Menteri juga memain peranan besar dalam menentukan ketinggian Islam dalam perlembagaan. Pada 16 Mei 1986 Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan kalimah Allah adalah termasuk antara beberapa kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka bukan beragama Islam. Malah pada 3 Jan 2008 Jemaah Menteri sekali lagi mengulangi bahawa orang bukan Islam dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama mereka. Malah sepuluh buah negeri telah menguatkuasakan Enakmen Kawalan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang bertujuan melarang orang bukan Islam menggunakan secara bertulis ataau lisan atas perkataan yang dilarang. Semua peraturan ini dibuat bagi menjamin keharmonian hidup beragama dan perlu ditaati oleh pihak berkaitan.

Menurut prinsip hukum Islam, memberi perlindungan dan layanan baik kepada ahli Dzimmi adalah wajib. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8:
Maksudnya: “ Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil”.

Menurut al-Quran, orang Islam dikehendaki mengadakan hubungan mesra dan baik dengan ahli Dzimmi serta bersikap adil selagi mereka tidak menentang dan menindas orang Islam atau menghalang penyebaran Islam.

Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,

Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada manusia sejagat. Saidina Abu Bakar As- Siddiq pernah berpesan kepada kaum muslimin sebelum berangkat ke medan perang dengan mengingatkan tenteranya supaya jangan berbuat khianat, membunuh bayi, membunuh orang tua, membunuh kaum wanita, menyembelih binatang ternakan, menebang pokok, menghancurkan rumah penduduk, membakar ladang pertanian, mengganggu orang beribadat , merosakkan rumah ibadat, dan menyerang mereka pada waktu subuh untuk mengelak kaum wanita dan kanak-kanak menjadi panik. Kisah Saidina Umar Al-Khatab yang memasuki gereja Yahudi ketika Baitulmaqdis ditawan juga tidak menyuruh tenteranya membakar gereja, buku bible dan salib bahkan membiarkannya sahaja.

Berdasarkan ajaran al-Quran dan tindakan bijak pemimpin Islam di zaman Rasulullah SAW jelas kepada kita bahawa menzalimi dan memusuhi orang bukan Islam adalah bukan ajaran Islam. Dengan demikian perbuatan membakar gereja dan rumah ibadat orang bukan Islam menyalahi bercanggah dengan hukum Islam. Islam juga mengajar kita jangan terikut-ikut dengan emosi liar.

Bagaimana pun mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa mengadakan hubungan baik dengan orang bukan Islam bukanlah bermakna kita lupa tanggungjawab kita kepada Islam. Islam menetapkan bahawa persoalan iman dan ibadat tidak ada toleransi. Oleh itu apabila masuk waktu solat ketika melaksanakan program bersama dengan orang bukan Islam, kita utamakan bersolat, apabila kita makan pastikan apa yang kita makan itu adalah halal. Jika terdapat aktiviti yang bercampur halal dengan haram maka kita hendaklah jauhi. Apa yang lebih malang lagi dalam menjayakan toleransi itu kadang kala kelihatan penampilan akhlak orang Islam itu sama dengan tabiat orang bukan Islam.

Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,

Mimbar ingin mengingatkan jemaah sekalian apabila kita ditekan dan dituntut oleh pihak tertentu untuk memenuhi tuntutan mereka, maka hendaklah kita terus berpegang kepada ajaran Islam supaya kita tidak mudah hilang pedoman. Firman Allah SWT dalam Surah al-An’aam ayat 153:
Maksudnya: ”Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru sidang jemaah dan umat Islam sekalian agar berwaspada dengan muslihat ejen-ejen kafir harbi ini dan jangan sekali-kali kita menggadai akidah, menggadai jati diri muslim, menggadai integriti demi untuk menjaga ketinggian agama Islam di negara ini.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Sukatan pelajaran usuluddin - A-level

KERTAS 1
BAHAGIAN A - TAUHID
BAHAGIAN B - TASAWWUF 

BAHAGIAN A - TAUHID


1. Rukun-rukun Iman
2. Kewujudan dan keesaan Allah, sifat-sifatnya, Adanya Malaikat
3. Pesuruh-pesuruh Allah, Muhammad sebagai pesuruh Allah yang penghabisan
4.Kitab-kitab yang diturunkan; Takdir; Hidup sesudah mati
5. Perkembangan berbagai-bagai mazhab dan Ilmu Tauhid dan asas-asas perbezaannya
          a. Ahli Sunnah
          b. Muktazilah
          c. Jabariah
          d. Qadariah
          e. Syi'ah

BAHAGIAN B - TASAWWUF

1. Pengajian Tasawwuf dan Sejarah Perkembangannya
2. Asas-asas perbezaan di antara Syariah dan Tarikat; Hakikat dan Ma'rifat
3. Tasawwuf dan kepercayaan mengenai dengan keesaan Allah
4. Tafsiran mengenai Wihdatul Wujud - Liqa'  dan Ru'yah termasuk alhijab dan al Kashfu
5. Pengajaran kerohanian dalam Tasawwut untuk kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, taubat dan taqwa
6. Menjauhi perbuatan-perbuatan yang membawa kecelakaan, dengki, takabbur, ria,marah, dendam dan bencana-bencana yang dibawa oleh  mulut dan lidah
7. Sepintas lalu perkembangan Falsafah Islam


KERTAS 2 9019/2

BAHAGIAN A - ULUM AL QURAN DAN MUSTALAH AL HADITH
BAHAGIAN B - TAFSIR DAN HADITH

BAHAGIAN  A - ULUM AL QURAN ( Mengandungi Pelajaran Mustalah Hadith)


i. Quran sebagai wahyu yang teragong; bagaimana dan bila ia diturunkan; sebab-sebab diturunkan
ii. Perbezaan di antara ayat-ayat Al Quran yang diturunkan di Mekah dan yang diturunkan di Medinah
iii. Sejarah pengumpulan ayat-ayat Quran dan penulisannya
iv. Penetapan bentuk [ Standardization] Al Quran
v. Hadith atau Sunnah dan kedudukannya sebagai sumber Islam
vi. Lima perinkat dalam pengumpulan Hadith [menurut zaman-zamannya|.
vii. Pengajian mendalam mengenai hadith-hadith dan istilah yang digunakan dalam system [ Mustalah Hadith], Hadith, Sunnah,Riwayah, Dirayah,Khabar, Athar, Matan, Sanad, Isnad, Musnad, Ijazah, Asma', Hafiz, Muhaddith, Musnid, Hujjah dan Hakim.
Viii. Nilai-nilai dan bahagian Hadith saperti Sahih, Hassan, Maqbul,Mardud, dan lain-lain.
Ix. Ahli-ahli hadith yang masyhur dan buku-buku hadith mereka.
a. Imam Malik dan Kitabnya Al Muwatta
b. Imam Muslim dan kitabnya Sahih Muslim
c. Imam Bukhari dan kitabnya Saheh Bukhari
d. Imam Tirmizi dan Kitabnya Jami' l Imam Abi Isa At Tirmizi
e. Imam Abu daud dan kitabnya Sunan Al Imam Abi Daud
f. Imam Annasaie dengan kitabnya Sunan AnNasaie
x. kedudukan Hadith Qudsi

BAHAGIAN B  -  TAFSIR DAN HADITH

1. Tafsir ayat-ayat Al Quran seperti berikut:
a. Surah Al Baqarah ayat 172 - 173
b. Surah Al Baqarah ayat 219
c. Surah An-Nisa ayat 59
d. Surah Yunus ayat 5 - 6
e. Surah Mukminun al Mukminun ayat 12 - 16
f. Surah Al Baqarah ayat 186
g. Surah Al Hijr ayat 22
h. Surah Aali Emran ayat 159
i. Surah Al Isra' ayat 23
j. Surah Al An'aam ayat 98 - 99
k. Surah Jumuah ayat 9 -10

2. Matan Hadith 40 Imam An Nawawi berikut;
a. Hadith Pertama
b. Hadith Ketiga
c. Hadith Keenam
d. Hadith Kedua Belas
e. Hadith Kelima Belas
f. Hadith Kedua Puluh Dua
g. Hadith Ketiga Puluh
h. Hadith Ketiga Puluh Empat
i. Hadith Ketiga Puluh Lima
j. Hadith Keempat Puluh

Sumber: SUKATAN PELAJARAN USULUDDIN BRUNEI CAMBRIDGE  G.C.E. A LEVEL

Khamis, 2 Ogos 2012

Kembara Beijing - Bhg 2

Tinggal 2 hari lagi di Beijing. Saya berpindah dari hotel BUPT ke hostel pemuda berdekatan Dataran Tiananmen. Dekat dengan pusat bandar, pinggir bandar, restoran dan masjid muslim China dan tempat beli-belah tumpuan pelancong macam di jalan petaling. Kalau tak salah, kawasan tu nama dia Dongcheng. Ya, betul. Dongcheng.

Kat Dongcheng ada Medan Tiananmen, tugu pahlawan, Great hall of the People, Tugu memori Mao Tse Tong dan Muzium kebangsaan China. Belakang bangunan memori Mao pun ada lagi bangunan bersejarah. Tak ingatlah. Saya berjalan di tepi-tepi jalan besar hingga ke kawasan tasik yang membeku. Warna hijau air dia. Masa tu air beku tapi tak tebal. Berbanding masa di Istana musim panas dimana tasik dia yang luas tu membeku tebal di tengah dan orangramai boleh berjalan dan menunggang basikal atas ais tu. (Takut juga tiba-tiba ais cair..hehe). Kami tak beranilah jalan atas ais tu. Lagipun nak cepat sebab nak pergi banyak tempat lain lagi.




Pagi tu saya ke kedai menjual alat permainan di sebelah pasar sutera. Mencari kapalterbang dan helikopter berenjin untuk anak saudara dan abang ipar. Bangunan di depan jalan tu ada banyak kedai mainan tapi lebih mahal. Saya pergi pula ke bangunan di belakang dia. Banyak gerai-gerai jual alat permainan dewasa dan kanak-kanak. 3-4 tingkat jugalah. Atas sekali tu macam kedai pejabat dan ada juga yang mempamerkan barang-barang jualan. Tingkat bawah dan satu lebih kepada jualan runcit. Memang ramai orang dan bising sikit. Saya beli kapal terbang dengan harga borong di tingkat atas sekali. Kemudian pusing-pusing di tingkat bawah dan tawar-menawar beli helikopter pula. 150 yuan dari 250 yuan.
 
Lepas balik hostel simpan barang saya keluar lagi jalan-jalan di kawasan berdekatan dan tempat beli-belah macam jalan petaling di Dongcheng tu. Kawasan selari dengan medan tiananmen baru diubahsuai dan nampak cantik. Tapi di kawasan sebelah hostel tak diubahsuai. Buruk. Wayar kabel berselerak di atas. Restoran muslim pun ada jual arak. Bila tanya dia kata ya, muslim. Tapi bila tanya kenapa jual arak, dia senyum. Lepas tu dia kata 'haram'. Tak tahu lah sebab dia...mungkin kerana majoriti bukan muslim dan pelanggan muslim sikit saja. Pelanggan bukan muslim selalu minta arak. Kalau tak jual arak, kuranglah pelanggan masuk restoran. Boleh kata semua restoran muslim di Beijing semua jual arak.

Seberang jalan depan hostel ada satu restoran muslim. Suami isteri menjual lauk-pauk. Masa saya pergi, nasi tak ada. Jadi, saya cubalah lauk pauk dia 2-3 jenis.  Telan saja. Arak ada juga jual di sebelah dalam. Saya duduk kawasan disebelah pintu masuk. Dekat dengan kaunter dia. Baik juga saudara tu dan isteri dia. Depa nak bersembang tapi tak boleh cakap inggeris atau arab. Saya pula tak pandai mandarin. Bahasa isyarat sajalah.

Lepas makan, saya saja tanya kat mana masjid atau surau kawasan tu. Depa punya nak habaq goreng dalam mandarin. Saya nganga dan angguk-angguk. Bila keluar restoran, nampak suami isteri naik basikal motor. Laki tu pakai kopiah lebai. Muslim lah saya agak. Saya cepat-cepat tahan depa dan tanya pasal masjid. Laki tu pun sama sepaking mandarin pekat lah. Nganga lagi. Bahasa isyarat lagi. Akhirnya, dia suruh bini dia turun dan suruh saya bonceng basikal tu dan bawa saya ke masjid dekat saja dengan restoran tu. Tapi, pusing-pusing sikit masuk lorong rumah-rumah orang. Lepas cakap terima kasih, dia pun zoom menghilangkan diri.

Saya pun masuklah ke dalam. Tak nampak macam masjid/surau pun. Macam rumah cina saja. Tak ada orang. Intai-intai kemudian nampak pejabat. Ada sorang dalam pejabat. Kemudian ada nampak sorang masuk dan menuju ke tandas. Saya pun pergilah ke situ tanpa mengetahui tu adalah tandas dan tempat wuduk. Saya pun masuk juga dan buka kasut.

Kat dalam tu ada 3-4 orang. Ramai pakcik yang dah berusia. Menarik juga tandas dia untuk buang air kecil dan besar..hehe (censored). Air panas lah. Memang panas. ;) Ada sorang tok siak tu yang bagi saya bekas air dia bubuh air panas untuk saya. Dia bagi isyarat untuk basuh yang 'depan' tu. Yang lain pun macam senyum-senyum saja. Hik hik hik. Selesai qada hajat, saya pun ambil wuduk dan keluar dari situ. Mencangak-cangal mencari juga kat mana dewan solat. Bila masuk dewan utama tu, luas juga. Permaidani hijau. Mimbar pun ada. Ukiran dan hiasan pun ada sikit-sikit. Semua kayu. Lantai dan dinding luar saja batu. Kayu bagus untuk tahan sejuk. Tapi saya tengok tak ada orang pun dalam dewan utama tu. Saya keluar dan tengok ada pintu di sebelah kiri. Rupanya ada beberapa orang dalam situ. Ruang kecil sikit. Depa buat solat jemaah situ waktu zohor. Ada sorang pemuda tu dah lama iktikaf dalam tu. Dia duduk dan bertafakur saja. 

Lama juga tunggu. Kemudian, imam muda pun masuk. Dia mengimamkan solat. Bila selesai, saya tunggu orang lain keluar dulu. Ada sorang pakcik tu menutup pintu dan tingkap masjid. Saya pun menyapa. Rupanya dia pentadbir masjid kecil tu. Dia kata imam tu anak dia. Belajar agama di Arab Saudi, rasanya. Kemudian, isteri dia pun keluar. Saya pun tangkap gambar posing dengan mereka.

Kemudian, saya pergi jalan-jalan di kawasan masjid tu celah-celah lorong rumah orang hingga ke hujung jalan. Memang kebersihan rumah dan jalan kurang dijaga. Tandas awam di Beijing memang bau sakan. Hancing. Saya lebih selesa buang air di hostel. Ada jugalah beli sikit ole-ole buah tangan semasa jalan-jalan situ. Kedai tepi jalan utama situ lebih murah. Mungkin sebab dia beli pukal atau harga borong.

Macam-macam gelagat orang Beijing. Ramai yang menetap di situ atau merantau dari tempat lain. Ada yang baik, ok dan juga nakal. Remaja nakal pun ramai. Lebih baik elak dari bertembung dengan remaja nakal.

Cukuplah serba sikit. Banyak yang saya lihat dan mengalami. Panjang berjela nak menulis pasal Beijing. Saya sempat juga naik keretapi Metro dia macam LRT kita lah. Murah. 2 yuan saja sehala. Tak kira jauh atau dekat. Bila turun dan naik semula, kena bayar 2 yuan lagi. Masa pergi ke kedai alat permainan tu saya naik Metro saja. Jauh juga dari Dongcheng ke Fucheng. Dari hotel universiti BUPT ke Dongcheng pun saya naik keretapi.





 

Rabu, 1 Ogos 2012

Kembara Beijing - Bhg 1

Saya sampai di Beijing tahun 2008. Ada persidangan dan bengkel. Beijing University of Posts and Telecommunication (BUPT). Di taja oleh CPRSouth dan LirneAsia. Saya ambil kesempatan untuk berada di Beijing selama 7-8 hari.



Saya menaiki MAS pergi dan balik. Memang selesa termasuk makan dan minum. Ramai rakyat Malaysia dan juga China atas kapalterbang. Perjalanan tak jauh sangat. Apabila sampai di lapangan terbang, terus ke imigresen dan sangat mudah. Imigresen hanya seorang duduk di meja. Sebelum ke Beijing, saya dah ambil visa di kedutaan. Untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini. Semasa hari pertama persidangan, kami dapat tahu seorang Pakistan tak dapat visa masuk dan tak hadirlah ke persidangan tu.

Kami disediakan makanan dan minuman China. Saya hati-hati cari makanan yang berasaskan sayuran. Jika tak ada, minum kopi/teh sajalah. Untuk tengahari, saya makan nasi, ikan, ubi, jagung dan buah-buahan. Telur rebus pun ada. Mula-mula, hidangan tu tak dilabel dan asingkan. Bila ada sikit komplen, barulah dia labelkan menu makanan supaya mudah peserta memilih makanan. Bukan muslim mudah lah sebab depa telan semua benda. Hari akhir tu, depa buat parti pergi makan-makan dan minum di luar. Untuk pembentang saja. Kami hadir sebagai peserta bengkel 'young scholar' dan tak masuk parti tu sebab esok ada bengkel.

Hari kedua waktu malam, kami di bawa ke Pasar Sutera. Ada 3-4 tingkat. Macam-macam ada dijual. Barang antik, perhiasan perempuan/wanita, baju pakaian, seluar, beg, alat permainan, jed dan lain-lain. Sempat juga saya beli 2 kemeja, 1 beg galas dan 1 sut. Kakak dan mak saya pesan gelang jed. Bulan 12 tu musim sejuk. Hari pertama sampai, saya berkongsi bilik hotel dengan rakan Taiwan. Malam tu kami berjalan di kawasan berdekatan cari pasaraya dan restoran. Sangat sejuk sampai sakit telinga dan muka. Saya tak bawa jumper dan baju termal. Puas juga cari seluar termal dan sarung tangan kat situ. Ada pasaraya dah tutup. Nasib baiklah ada satu pasaraya ada jual. Akhirnya dapat juga seluar termal. Lepas teman sebilik saya makan malam, kami pergi ke bangunan pasaraya sebelah. Ada seorang gadis menjual pelbagai aksesori musim sejuk. Kami beli sarung tangan dan mafla sorang satu.Boleh tahan juga harga di Beijing.

Hari akhir persidangan, kami ada masa untuk berjalan-jalan. Teman sebilik saya berkenalan dengan seorang pensyarah Taiwan yang hadir. Jadi, depa ajak saya keluar bersama depa. Seorang rakan dari jepun pun ikut juga. Kami sempat melawat ke Istana Musim Panas dan Kota larangan. Pada waktu malam kami naik teksi dari Istana tu ke Hutong dan Courtyard. Berjala-jalan di situ dan berhenti makan malam.

Penganjur bengkel anjur lawatan dan bawa kami 'scholars' mendaki Tembok Besar Cina. Salji tebal. Kaum lelaki berpakat untuk mendaki. Letih juga mendaki bila dah lama kurang aktif aktiviti luar. Boleh kata setiap negara di Asia ada wakilnya. Meriah lah jugak. Mamat pakistan dan india menyanyi lagu hidustan. Afghanistan pun ada 2 orang. Indonesia sorang perempuan. Filipina pun ada wakil perempuan. Selain tu adalah wakil Nepal. Teman sebilik saya tak ikut sebab dia kena pergi ke persidangan lain dengan penyelia dia di Beijing juga.

Bila turun dari Tembok besar tu kami naik kereta kabel. Sampai bawah, ramai sedang menunggu kami di restoran. Kami pun pesan minuman panas. Kemudian, kami beredar dari situ menuju ke sebuah restoran untuk makan tengahari. Senja baru sampai ke hotel.

Bila tak ada lawatan ke mana-mana, saya berjalan-jalan seorang diri waktu malam di kawasan sekitar hotel. Melihat kawasan sekitar, hotel, kedai, pasaraya, taman-taman (ada tari-menari di taman), warung makan dan lain-lain. Orang beijing ramai naik basikal. Kereta laju-laju.
 
Selesai persidangan dan bengkel acara rasmi tujuan ke Beijing. Hari-hari berikutnya adalah jelajah Beijing dan bersiar-siar.

Bersambung.



 

 
 

Kembara Mesir: Kaherah (Hari 4-6)

Saya berpindah dari Doqqi ke Pusat bandar supaya senang berjalan-jalan siang dan malam di sekitar situ. Banyak jenis hotel/hostel ada semurah LE25 sehari jika tempah diatas talian. Jika pergi terus, mahal sikitlah depa caj. Orang berniaga tentu nak buat untung. Kan?

Hari semalam dah jumpa Khan Al-Khalili. Terlupa nak cakap saya terserempak kawan semasa buat A-level kat pasar tu. Dia dan isteri bekerja di Qatar datang bercuti ke Mesir. Jadi, keesokannya saya berjalan saja ke situ tanpa naik van. Dekat saja rupanya. Puas pusing-pusing dalam tu rasa lapar pulak. Saya beli makaroni dari penjaja tepi koridor situ. Tawar tapi telan jugalah. 


Saya terasa nak berjalan ke masjid sebelah pasar tu dan ziarah masjid dan makam dalam masjid. Keluar dari situ, saya berjalan pula ke masjid Al-Azhar. Tanya orang arab jalan mana menuju ke masjid tu. Akhirnya sampailah masjid Al-Azhar dan masuk kedalam dan pusing seluruh kawasan dalam masjid. Tak ramai orang masa tu. Ada seorang pelajar Mesir rasanya menawarkan untuk membawa saya melihat masjid tu sambil memberi penerangan. Biasalah, orang Mesir ni semua dia nak caj perkhidmatan bila cerita kepada pelancong (tak semua la....tapi semua yang saya jumpa sepanjang kembara saya). Selesai di dalam, saya keluar masjid nak balik. Sempat juga singgah ke tandas di luar. Kebersihan kurang memuaskan. Bila keluar tandas dan nak balik barulah nampak seorang pelajar Malaysia. Dia kata dia belajar di cawangan. Jauh juga. Tak ingat nama cawangan tu. Saya kata pergilah jalan-jalan cari pengalaman dan ilmu di Timur Tengah. Dia kata tak ada duit. Sayang. Dah dekat dah.

Lepas masjid Al-Azhar saya tak pergi ke Universiti kerana hari tu tutup. Berjalan punya berjalan, masuk lagi ke pasar hari pulak. Macam-macam lah ada jual. Daging, ikan, ayam, sayuran, kaset/Cd lagu dan filem pun ada jual. Kuat juga dia pasang lagu tu. Lagu pop moden. Orang muda. Terus lagi berjalan bersiar-siar di kawasan situ hinggalah malam. Waktu malam pun lain sikit suasana dia. Di jalan-jalan besar dekat Medan tahrir banyak kedai-kedai dibuka. Ramai orang membeli belah dan cuci mata. Apa yang menarik saya cuba pergi tengok.

Selagi kaki tak letih, saya pergi ke tempat-tempat bersejarah, bangunan orang tempatan pergi dan kerja, kedai kopi dan lain-lain. Ada juga bersiar-siar sepanjang sungai nil tu dan lepak bila letih. Banyak lah bot-bot yang memberi hiburan bunyi-bunyian, makan-makan dan 'tarian gelek' sepanjang sungai nil. Ada juga muda-mudi ber'dating'. Kereta memang banyak di Kaherah. Fiat lama banyak. Kereta baru jarang-jarang nampak. Mungkin kawasan kaya ada lah. Ganas juga depa bawa kereta.

Hari berikutnya saya berjalan di sebelah muzium dan bangunan-bangunan senibina lama di Kaherah Lama. Jalan kaki. Banyak lah masjid dan tempat/bangunan bersejarah yang terkenal dalam buku pelancong tu sempat saya pergi. Ada satu bangunan tu, rasanya istana lama, tak sempat masuk sebab baru saja ditutup. Lambat sikit saya sampai. Banyak juga masjid-masjid lama saya masuk dan tengok ukiran dan senibina dalaman dia. Makam-makam ulama pun ada di situ. Tabung disediakan untuk sumbangan. Sebelah kawasan perkuburan besar situ ada sebuah masjid, rasanya masjid Siti Fatimah. Ramailah orang Syiah ziarah situ. Sama juga dengan masjid Saidina Ali dan Hassan atau Hussain. Penuh orang syiah buat lawatan siang dan malam. Siap buat bunyi dari mulut lagi.

Boleh katakan saya khatam semua kawasan Old Cairo dan kawasan belah 'perkuburan' tu. Sempat juga lalu kawasan kediaman situ. Tengok budak-budak main, perempuan/wanita jalan ke sana-sini bawa anak-anak, lelaki-lelaki sedang bekerja dan masuk kedai runcit tepi jalan. Terjumpa satu stesen Metro dekat pasar hari Zainab (rasanya). Sempat juga beli coklat mesir, buah-buahan dan gula-gula. Ternampak seorang pelajar perempuan Malaysia (mungkin) berjalan dengan pantas keluar dari stesen Metro tu.

Memang satu pengalaman yang menarik untuk melihat Mesir jika kita berjalan kaki dan pergi ke semua tempat yang boleh. Jika pergi dengan Tour, depa bawa naik van/kereta ke tempat tertentu saja. Jika jelajah sendiri, kita boleh pergi mana yang kita suka. Untung jika kembara masa muda dan kuat.

Banyak yang saya tak dapat ingat nama dan tempat yang tak dapat nak ceritakan di sini. Episod seterusnya adalah kembara ke Luxor dan Iskandariah.