Teman setia

Jumaat, 27 Julai 2012

Ramadhan di kampung masa kecik

Tahun 70an, saya masih kecik dan masuk darjah satu tahun 1979 di sekolah dekat dengan rumah. Belakang rumah lintas bendang 3 petak sampai lah. Ikut tepi parit kecik pun sampai gak. Dulu-dulu memang sangat berbeza dengan sekarang ni yang sudah teratur cantik dan bersih jugalah walaupun masih ada ruang pembaikan lagi. :)

Dulu-dulu kariah tu masih bersuasana kampung kerana walaupun ada jalan yang sama di depan rumah (jalan utama ke Kepala Batas), kenderaan tak banyak dan bising. Sekali sekala saja nampak kereta. Motor cantik susah la. Motor kapcai Honda 70 kira hebatlah masa tu. Kedai-kedai runcit dan barang dimonopoli oleh cina dan mamak. Kedai melayu tadak satu pun. Kedai makan ada la...Tu pun kedai makan biasa-biasa saja. Kat pasar basah, ada penjuai ikan cina, melayu dan penjuai daging melayu.

Ramadhan memang ditunggu-tunggu sebab seronok main. Masa kecik dulu yang tau adalah main dan main. Emak akan bangun masak atau panaskan lauk-pauk untuk sahur (soq) dan kemudian kejutkan kami semua untuk makan. Lepas makan, diajar berulangkali niat puasa. Lepas tu tidur semula. Pada hari sekolah, subuh dah bangun. Masa tu jam belum disamakan dengan Sabah dan Sarawak. Saya rajin pergi sekolah. Awal-awal dah sampai. Biasanya pergi dengan kakak lah. Kalau kawan-kawan lalu depan rumah, saya akan berjalan dengan mereka sekali ke sekolah. Kalau ikut jalan belakang ruman iaitu jalan bendang, maka kotorlah kasut nanti. Becak dan berselut. Dulu-dulu ada jalan kecil melintasi bendang sebelum tiba ke pagar sekolah melalui jalan belakang. Pintu besar mengadap jalan besar ke Tasek Glugor.

Masa darjah 1-2 atau 3, posa pun mungkin tak penuh (yangyok). Tapi bila darjah 4-6 mulalah serius posa. Balik sekolah, mesti main dekat rumah. Macam-macam permainan ada. Guli, toi, ligan-ligan, baling tin (atas tu letak pakau), baling getah dan banyak lagi. Masa kecik-kecik dulu memang syok habis. Sampailah petang main. 

Rumah saya sebelah masjid - selang 2 rumah. Selalulah tengok orang sediakan masakan untuk moreh. Bubur kacang, bihun, nasi dan lain-lain. Ada tolong-menolong memotong, membasuh dan memasak. Budak-budak tengok saja. Dulu-dulu tidak teratur macam sekarang. Gunakan perigi lagi. Tandas dan tempat kencing pun tak dijaga sangat.

Sambil-sambil tu ramai budak-budak tertumpu main di depan kawasan masjid. Sampailah dengar atau kena panggil balik bila dah nak masuk maghrib. Tak takut pun dengan kubur di kawasan masjid walaupun dulu ada banyak pokok besar dan kurang dijaga kawasan kubur.

Bila emak masak lauk atau kuih, selalunya emak akan bagi sikit kepada jiran-jiran. Jiran-jiran pun balas balik hari yang sama atau esok hari. Kat pekan, ada lah orang akan jual lauk-pauk, buah, minuman untuk berbuka. Tapi tak semeriah sekarang dengan bazar ramadhan. Dulu-dulu ada tak sampai 10 peniaga pun. Tu pun kecil-kecilan saja sebab orang kampung suka masak. Mungkin juga sebab ekonomi. Kebanyakan orang kampung kerja bendang. Ada sorang dua cikgu. Kerja buruh kilang dan swasta. Ada juga kerja gomen tapi pangakat rendah saja - buruh am. 

Bila lepas berbuka, terus saja keluar rumah pergi main atau pergi tengok-tengok di masjid. Musim bulan posa lah, ramai budak-budak dan juga pemuda datang ke kawasan masjid untuk main dan lain-lain. Ada juga yang tak pergi taraweh tapi tunggu makan moreh. Bawa plastik dan bekas juga untuk bawa balik rumah. Ramai orang-orang tua dan dewasa solat taraweh. Lepas taraweh, moreh disediakan. Sebelum habis taraweh, tok siak akan kira jumlah yang ada dalam masjid dan sediakan moreh dalam pinggan atau talam. Kemudian, budak-budak akan angkat bawa ke dalam masjid. Dulu, ruang luar masjid masih kecil dan tak bersimen berbanding sekarang yang ada mozaik.

Bila ada saja makanan/kuih yang tak dimakan, budak-budak akan berebut ambil dan masukkan dalam plastik/bekas untuk bawa balik rumah. Dulu-dulu ramai yang susah. Mereka tunggu moreh untuk bawa balik makanan ke rumah. Susah-susah mereka bukanlah sampai tahap mengemis dan minta sedekah bantuan orang lain. Mungkin makanan ada tapi tak mencukupi kerana ada juga yang berkeluarga ramai.

Malam 27 memang ditunggu-tunggu ramai. Nasi daging....memang penuh lah masjid dan kawasannya. Dalam dan luar. Memang meriah. Yang solat taraweh dan juga tak solat, semua makan sama bila habis solat taraweh. Dulu-dulu makan dalam talam sebab pinggan tak banyak. Dulu-dulu pinggan tin lagi. Lama-lama baru tambah pinggan kaca sikit. Kemudian, pinggan tin tak guna lagi. 

Ini hanyalah secoret ringkasan. Terlalu banyak peristiwa dan pengalaman yang boleh diceritakan.

Amat beruntunglah generasi sekarang yang lahir dalam keadaan senang dan infrstruktur yang baik. Tak perlu guna pelita dan dapur minyak gas atau dapaur kayu (keluarga miskin yang tak mampu beli dapur minyak gas). Jadi, hargailah semua nikmat yang dikurniakan dan bantulah tolong-menolong sesama kita samada dikala senang atau susah.

Bersatu teguh, bercerai roboh.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Khamis, 26 Julai 2012

Ramadhan di Uni, Wales

Teringat kembali kehidupan masa di uni buat ijazah pertama dulu. Tahun 1992 sampai di bumi UK. London tempat mula bertapak di UK. Setelah sampai di Heathrow, semua pelajar dibawa ke MSD (jabatan pelajar Malaysia) di London. Rasa macam tak percaya boleh dan dapat sampai juga ke UK.

Selepas habis taklimat di MSD, semua pelajar di bawa ke universiti masing-masing seluruh UK. Nasiblah macam saya yang pergi universiti tak ramai pelajar tajaan pergi. Saya naik keretapi ke Cardiff dan kemudian ke Ponty (nama mesra perkampungan kami di situ). Sempena nama pekannya Pontypridd. Kali pertama tengok uni memanglah syok sebab suasana baru dan sesuatu yang boleh dijelajahi dan dipelajari. Bila sampai di uni saya berhubung dengan staf yang jaga pelajar antarabangsa. Rupanya ramai pelajar-pelajar Malaysia di situ. Chandran (India Malaysia) yang bekerja dan belajar di situ, mungkin sarjana atau doktor falsafah, membawa saya dengan beg besar dengan kereta ke Cliff Terrace. Rumah saya untuk tahun pertama di uni tu.

Ramadhan pada tahun-tahun saya di uni tu dalam musim sejuk. Siang pendek dan malam panjang. Jadi, puasa pun pendek lah. Buka posa pun dalam kelas kalau hari yang ada kelas waktu maghrib tu. Untungnya masa tu ramai senior pompuan yang terer masak sedap-sedap. Saya mengaku memang tak tau masak masa tu. Ada juga cuba-cuba gilir masak dengan kawan serumah tapi saya main campak ja dan tak sedap.

Tradisi di ponty, setiap rumah ambil giliran memasak untuk berbuka di surau uni. Ada juga yang berkongsi 1-2-3 rumah sekali memasak untuk iftar jama'i. Kalau giliran pompuan masak, ummppph memanglah sedap. Hat laki biasanya berkongsi 2-3 rumah sekali buat jamuan. Rumah saya memang tak pandai masak banyak-banyak. Rasanya masak gulai ayam kot...Najmi lah yang paling terer masak. Saya tukang makan saja...haha. Saya tolong potong-memotong sayur dan basuh ayam, ok....ada jugalah air tangan melekat kat situ...hehe

Komuniti Brunai pun ramai di ponty. Depa pun sama tumpang sekaki ambil giliran memasak dan jamu iftar. Pelajar pakistan pun masuk juga. Tak lupa juga komuniti arab dan sorang Somali (Abdullah). Pak arab yang baik dengan pelajar melayu lepas berbuka tu adalah Abud dan (ingat2 lupa nama sorang lagi sat). Ha...Syakil nama dia. Depa dari Arab Saudi. Lepas berbuka mesti lepak tepi pintu keluar bangunan atau bilik kongsi (common room) untuk sesi cerobong asap (merokok lah tu). Sambil sembang-sembang. Ada sorang pak arab buat PhD tu taja kurma kering dalam tin dari Arab Saudi. Dia duk Cardiff, ulang-alik ke Ponty. Ada sorang pensyarah arab tu dia tinggal di Cardiff tapi sekali sekala datang juga waktu berbuka dan taraweh. Ada juga sorang pelajar bangladesh dan sorang pelajar PhD dari Iraq. Tahun kedua saya di situ barulah ada seorang pelajar PhD dari Algeria.

Memang seronok dan akrab buka posa jama'i masa tahun pertama. Tahun kedua sudah kurang suasana meriah bila senior2 dan seniorita yg glamer (mcm nama uni) dah balik. Tahun kedua macam cincai sikit tapi ok lah juga daripada tak ada langsung. Tahun kedua tu lah pak arab dari Algeria tu ambil alih jadi imam taraweh. Pegang Al-Quran sambil baca, Kemudian dia buat moreh jamu gula-gula dan manisan lepas taraweh.

Ponty tak ramai komuniti muslim macam Cardiff yang ada masjid. Jadi, pelajar semua tumpu ke surau uni yang disediakan untuk semua aktiviti. Jumaat pun dibuat disitu. Juga solat Hari Raya Aidil Fitri dan Adha. Selepas solat hari raya, kami semua berposing bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan. 

Kini, majoriti bekas pelajar Ponty sudah berjawatan besar samada di sektor awam atau swasta dan juga persendirian sebagai timbalan perdana menteri dalam rumah sendiri menjaga hal ehwal rumahtangga.