Teman setia

Ahad, 29 Julai 2012

Kembara Mesir - Hari pertama

Hujung tahun 2008 saya ke Mesir menghadiri persidangan. Berada di sana selama 10 hari.

Dari KLIA menaiki Egypt Air dan transit di Bahrain. Kapal terbang besar tapi sedikit lusuh macam sudah lama. Makanan tepat pada waktu dan boleh tahan. Saya duduk sebelah pensyarah UKM. Rupanya dia pun hendak ke persidangan yang sama.

Sampai di Kaherah, saya turun kapalterbang bersama beberapa melayu lain yang menghadiri persidangan sama. Atas kapalterbang masing-masing tak kenal sesama sendiri. Agak keliru juga dengan imigresen dia. Selesai dicop paspot kami mengambil beg masing-masing dan solat di hujung sudut. Tak nampak surau pulak kat situ. Tak pasti kat mana. Tak nampak papan tanda surau pun.

Masing-masing sudah tempah penginapan. Saya dan pensyarah UKM naik teksi bersama ke Kaherah baru untuk ke hotel. Kereta mercedes lama yang panjang dan tempat duduk bercantum di depan. Tahun 70an masih ada di Malaysia tapi tahun 80an dah pupus. Tapi masih digunakan di Mesir. Laju juga pakcik tu bawa. Debu padang pasir sekeliling. Kering. Saya tak pasti kawan saya cuba bertanya dulu atau pakcik tu yang mulakan bersembang. Orang tua dan orang mesir pulak tu. Memang kuat sembang. Tambah pulak drebar teksi. Sepanjang perjalanan dia bercakap dan tunjuk itu ini. Macam mesra pulak.

Sampai ke hotel, dia pun turun sama masuk ke hotel. Dia bercakap dengan staf di kaunter, mungkin minta komisen sebab bawa kami ke situ tapi staf tu tak layan. Begitulah kerenah sesetengah drebar teksi di Mesir. Dia suruh ambil nombor dia dan talipon bila-bila kami nak pergi mana-mana atau nak balik ke lapangan terbang nanti. Kami mengambil dan mengangguk.

Bilik yang diberikan nampak macam baru diperbaiki dan tak selesa bagi saya. Kami komplen ada kebocoran paip. Dipindahkan ke bilik bawah yang lebih elok sedikit. OK lah. Janji dapat rehat dan tidur. Saya berkongsi bilik dengan rakan itu untuk dua hari. Hotel tu tak jauh dari hotel tempat persidangan, 5 bintang, tapi macam bangunan lama luar dan dalam. Lebih kurang Primula masa saya pergi tahun 2004. Selepas simpan barang di hotel, kami keluar mencari makan malam. Berjalan agak jauh mencari makanan yang sesuai dengan citarasa dan kebersihan. Selesai makan, kami berjalan ke satu lorong dan nampak kedai jual kuih/roti mesir. Kami beli sikit untuk mencuba dan duduk di kedai kopi dan minum teh lipton mesir. Nasib baik tak keracunan. Kami nampak roti makanan harian dibawa dengan kereta sorong dan diletak tepi jalan saja untuk dijual. Tak beli lah kami dah nampak macam tu. Bukan sombong. Takut sakit perut pulak sebab tak biasa.

Hari-hari kami berjalan kaki pergi dan balik dari hotel ke hotel. Dapat tengok orang mesir kecil, dewasa dan tua dengan kehidupan harian mereka setiap hari. Memang kurang memuaskan bagi saya keadaan di Kaherah. Nampak ada panggung wayang, restoran, pangsapuri lama, kedai-kedai dan juga satu institut kebudayaan Rusia kalau tak salah saya. Depa buat pertukaran budaya. Orang mesir pergi Rusia dan orang Rusia pergi Mesir. Patutlah ada nampak muka Eropah timur kat situ. Orang mesir ni kulit gelap sikit. Sebahagian afrika. Afrika utara. Arab qibti. Negara firaun, nabi Musa as dan nabi Yusuf as dan bumi anbiya yang lain. Ramai juga sahabat-sahabat nabi SAW dan ulama besar tinggal dan wafat di Mesir.

Habis hari pertama di Mesir.


Sabtu, 28 Julai 2012

Jauh tapi dekat

Zaman sekarang ini serba canggih dengan kemajuan sains dan teknologi memudahkan kehidupan seharian kita.

Bayangkan 10-15 tahun lepas tanpa kemudahan skype, yahoo messenger, google chat, windows chat dan lain-lain.  Semuanya kena guna talipon yang kosnya agak mahal dan membebankan. Ada juga yang masih menggunakan cara tradisi lama iaitu menghantar surat dan poskad.

Hari ini semua mudah. Hanya dihujung jari anda, anda dapat berhubung ke seluruh pelusuk dunia yang dapat mengakses internet. Sehingga ke kutub utara dan selatan, timur dan barat. Hujung dunia ke hujung dunia. Dunia tanpa sempadan. Walaupun jauh beribu-ribu batu tapi tetap rasa dekat dengan kemudahan sembang video diatas talian. Hanya perlukan talian internet yang bagus dan juga komputer/laptop yang ada kamera dan mikrofon. Wallah....semua orang gembira.

Kami berada jauh di United Kingdom. Jauh dari ibubapa dan keluarga serta sanak saudara. Pesanan mesej ringkas (jika keadaan yang perlu tak mengapa) tak mencukupi. Perlukan bercakap dan bersembang. Namun, bercakap saja tanpa memandang muka dan pergerakan tubuh badan pun masih tak mencukupi. Walaupun ada juga tersekat-sekat sikit suara apabila ada gangguan talian, tak mengapa. Rindu hati terubat sudah. Semua orang gembira walaupun jauh badan secara fizikal tapi sentiasa dekat di hati dan mata melalui skype contohnya.

Selamat berpuasa dan mencari segala keberkatan Ramadhan tahun 2012/1433 ini kepada semua keluarga kami di Malaysia. Dan juga rakan-rakan serta sahabat-sahabat yang sentiasa setia bersama sepanjang hayat.

P/S: Namun begitu, sentiasa hati-hati juga dengan teknologi ini jika ada sebarang keraguan berhubung dengan orang yang dikenali. Juga, virus, malware, spyware dll penyakit Internet.