Teman setia

Sabtu, 28 Julai 2012

Jauh tapi dekat

Zaman sekarang ini serba canggih dengan kemajuan sains dan teknologi memudahkan kehidupan seharian kita.

Bayangkan 10-15 tahun lepas tanpa kemudahan skype, yahoo messenger, google chat, windows chat dan lain-lain.  Semuanya kena guna talipon yang kosnya agak mahal dan membebankan. Ada juga yang masih menggunakan cara tradisi lama iaitu menghantar surat dan poskad.

Hari ini semua mudah. Hanya dihujung jari anda, anda dapat berhubung ke seluruh pelusuk dunia yang dapat mengakses internet. Sehingga ke kutub utara dan selatan, timur dan barat. Hujung dunia ke hujung dunia. Dunia tanpa sempadan. Walaupun jauh beribu-ribu batu tapi tetap rasa dekat dengan kemudahan sembang video diatas talian. Hanya perlukan talian internet yang bagus dan juga komputer/laptop yang ada kamera dan mikrofon. Wallah....semua orang gembira.

Kami berada jauh di United Kingdom. Jauh dari ibubapa dan keluarga serta sanak saudara. Pesanan mesej ringkas (jika keadaan yang perlu tak mengapa) tak mencukupi. Perlukan bercakap dan bersembang. Namun, bercakap saja tanpa memandang muka dan pergerakan tubuh badan pun masih tak mencukupi. Walaupun ada juga tersekat-sekat sikit suara apabila ada gangguan talian, tak mengapa. Rindu hati terubat sudah. Semua orang gembira walaupun jauh badan secara fizikal tapi sentiasa dekat di hati dan mata melalui skype contohnya.

Selamat berpuasa dan mencari segala keberkatan Ramadhan tahun 2012/1433 ini kepada semua keluarga kami di Malaysia. Dan juga rakan-rakan serta sahabat-sahabat yang sentiasa setia bersama sepanjang hayat.

P/S: Namun begitu, sentiasa hati-hati juga dengan teknologi ini jika ada sebarang keraguan berhubung dengan orang yang dikenali. Juga, virus, malware, spyware dll penyakit Internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan